SELASA, 13 OKTOBER  - Proses Penamaan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjalan dengan lancar di Anjung Siswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), kelmarin.

Penamaan Calon  itu yang bermula jam 9.15 hingga 11.15 pagi menyaksikan seramai 16 calon bakal bertanding bagi merebut tujuh daripada 10 Kerusi Umum yang dipertandingkan pada pemilihan MPP UMS ­15 Oktober ini.

Kesemua calon yang bertanding adalah untuk Kerusi Umum di kampus induk setelah dua kerusi di UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan satu di UMS Cawangan Sandakan menyaksikan calon menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Kerusi Fakulti pula memperlihatkan calon-calon bagi Pusat Pengajian Pascasiswazah dan empat fakulti turut mencatatkan kemenangan tanpa bertanding.

Fakulti tersebut ialah Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perkaunan. 

Sehubungan itu, para pelajar UMS yang layak mengundi dipelawa untuk menunaikan tanggungjawab bagi membuang undi pada tarikh ketetapan tersebut.

Oleh Salbinous Saribun

SELASA, 13 OKTOBER - Ceramah Kepimpinan dan Pengurusan yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Kolonel (K) Prof. Tan Sri Dr. Hj Mohd Shukor Hj. Mahfar mendapat sambutan hangat daripada warga kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dengan tema ‘Driven by Vision, Fuelled by Creativity and Innovation,’ ceramah selama dua jam itu langsung tidak memberi ruang rasa bosan dan mengantuk kepada semua hadirin.

Beliau berkongsi pengalaman bagaimana pendekatan secara kreatif dan berinovasi di LHDN telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian organisasi khususnya dalam peningkatan jumlah kutipan cukai dan produktiviti.

Tan Sri Mohd. Shukor turut merungkai rahsia disebalik teknik kepimpinan dan pengurusan yang diamalkannya sehingga ramai kakitangan LHDN yang senang serta menjadikan beliau sebagai idola dan sumber inspirasi.

“Saya mengamalkan Teori Sun Tzu yang berbunyi, In order to win a war, you must win the heart of your soldiers,” katanya penuh ceria di Dewan Bankuasi.

Beliau kemudiannya turut menyaksikan pelancaran Buku Autobiografi Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah yang bertajuk Sebuah Perjalanan dari Desa ke Puncak Menara Gading.

Buku yang menceritakan kisah perjalanan hidup Datuk Harun dari awal sehingga mencapai kejayaan pada masa kini, dilancarkan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi.

Dengan harga RM35 senaskah, buku tersebut boleh dibeli melalui Penerbit UMS.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS dan Pegawai-pegawai Utama universiti.

Foto: Johaidi Ismail

ISNIN, 12 OKTOBER – Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan program Gotong Royong Perdana Kolej Kediaman, kelmarin.

Program tersebut berjalan serentak di seluruh kolej-kolej kediaman termasuk UMS kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

Acara yang bermula pukul 7.00 pagi itu disertai kira-kira 3,000 pelajar bersama kakitangan dan felo kolej kediaman serta syarikat pembersihan kolej.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Madya Dr. Ismail Ali, program tersebut akan dimasukkan dalam takwim tahunan Jabatan HEP.

“Acara sebegini dapat menyatupadukan setiap penghuni-penghuni kolej khasnya pelajar UMS bersama pengurusan kolej sekali gus mewujudkan ikatan silaturahim yang erat di samping menyumbang kepada suasana persekitaran yang bersih dan nyaman,” katanya.

Turut diadakan, acara senamrobik sebagai pemanas badan sebelum gotong royong dimulakan.

Hadir sama Ketua Jabatan HEP, Azmi Jumat.

Sumber : Norhana Nordin HEP

Oleh Faezah Mohamad Dun

ISNIN, 12 OKTOBER - Seramai 3,000 pelajar dan staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyokong dan sekaligus turut serta dalam sambutan Hari Sukan Negara yang berlangsung serentak di seluruh negara baru- baru ini.

Menyahut saranan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada bulan Mac lalu, UMS turut menjadikan pelancaran hari sukan negara sebagai salah satu sejarah universiti apabila ianya turut disertai oleh kumpulan rangkaian Maybank cawangan Alamesra.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, adalah menjadi tanggungjawab warga universiti untuk memberi sokongan terhadap program hari sukan negara dan seterusnya menjadikan sukan sebahagian daripada amalan hidup seharian.

“Sambutan hari sukan negara ini merupakan satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai Sporting Nation,” ujarnya.

Tambahnya, amalan gaya hidup cergas dan aktif dapat membantu mencegah penyakit kronik dalam kalangan masyarakat.

Pada pelancaran tersebut turut diadakan acara berbasikal, Senamrobik Perdana serta demonstrasi sukan Frisbee dan Floorball.

Turut hadir, Ketua Perkhidmatan Kwangan Komuniti Maybank, Tuan Haji Hamirullah Boorhan serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan Universiti.

Foto : Ernest Berinus