Oleh Faezah Mohamad Dun
JUMAAT, 07 OGOS –Kemeriahan program rumah terbuka pada musim perayaan dilihat mampu memupuk budaya integrasi dalam kalangan penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan.
Perkara tersebut dinyatakan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, kelmarin.
Beliau berkata program yang diadakan itu merupakan platform setiap penjawat awam bertemu rakan sejawat di samping beramah mesra antara jabatan masing-masing.
"Ini adalah program integrasi kita sempena Hari Raya bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama kita serta pertemuan antara jabatan persekutuan dan negeri," ujar beliau.
Pada sambutan tersebut, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghidangkan Nasi Pelangi, Ayam Masak Merah dan Acar Timun sebagai hidangan kepada para tetamu.
Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.
Foto: Ramdan Saleh Nain



KHAMIS, 6 Ogos - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah terus memberi bimbingan kepada para mahasiswa dalam membentuk jati diri dan kemahiran insaniah.
KHAMIS, 06 OGOS - Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 anjuran Kerajaan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara rasminya membuka tirai hari ini.
KHAMIS, 6 Ogos - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah terus memberi bimbingan kepada para mahasiswa dalam membentuk jati diri dan kemahiran insaniah.
RABU, 05 OGOS - Pasukan ENACTUS Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mempamerkan pencapaian cemerlang apabila muncul naib juara dalam pertandingan ENACTUS Malaysia National Cup 2015 yang berakhir kelmarin.