JUMAAT, 22 MEI - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi mengadakan Seminar Pelajar Pascasiswazah Peringkat Fakulti di Bilik Mesyuarat Utama FSSA baru-baru ini.
Menurut Dekannya, Profesor Dr. Baba Musta, seminar yang merupakan program tahunan FSSA itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar pascasiswazah mengenai bidang penyelidikan masing-masing sekali gus memberi ruang perkongsian ilmu pengetahuan.
“Dengan adanya seminar tersebut, fakulti dapat membantu dalam meningkatkan kredibiliti dan kualiti universiti di samping menambah baik penyelidikan dalam pelbagai aspek dan bidang,” katanya ketika berucap merasmikan seminar.
Beliau menambah, warga FSSA juga perlu mempersiapkan diri dalam menangani pelbagai cabaran ilmu bagi melahirkan graduan pascasiswazah yang proaktif dan berinovatif.
Terdahulu, Pengerusi seminar, Dr. Fauziah Sulaiman berkata seminar tersebut turut dianjurkan untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bagi mengatasi sebarang masalah agar tidak menjejaskan prestasi pengajian pelajar.
Seminar selama dua hari itu melibatkan 75 pembentang terdiri daripada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah yang membentangkan Usul Kajian, Pra-Viva, Laporan Kemajuan Wajib dan Laporan Kajian Semasa masing-masing.-ZMD
Bahagian Media dan Citra
Sumber: Kenny Uwai, FSSA




JUMAAT, 22 MEI
THURSDAY, 21 MAY – The Faculty of Humanities, Arts and Heritage (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) in collaboration with the Research and Education for Peace (REPUSM) Universiti Sains Malaysia (USM) and the Peace building Club recently organised a Public University Conflict Management Workshop.
THURSDAY, 21 MAY – About 200 staff and students of Universiti Malaysia Sabah (UMS) attended a talk on SSKM and IS Militants Threats held at the YTL Auditorium this morning.