
Penolong Pendaftar Kanan SKTM merangkap penyelaras lawatan, Hasmi Hashim berkata; pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut. Antaranya termasuklah taklimat umum Penjara yang disampaikan Inspektor Awang Roni Awang Abdullah selain demonstrasi sebatan dan kunjungan ke Galeri Penjara serta Unit Lawatan Penjara dan kawasan sekitarnya.
Menurut Hasmi, ahli rombongan juga bertuah kerana berpeluang mendengar taklimat tentang banduan akhir iaitu banduan yang telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Ini termasuk pengalaman sebenar hari terakhir banduan akhir daripada Pegawai Gantung Penjara sendiri iaitu Penolong Penguasa Penjara Eddie Oskos, yang mana jumlah Pegawai Gantung Penjara diseluruh Malaysia adalah terhad tidak melebihi 20 Pegawai sahaja.
Tambahnya lagi, lawatan Integriti ke penjara pusat ini secara umumnya berjaya mencapai objektif dalam mendapatkan info umum penjara dan menimbulkan perasaan keinsafan betapa pentingnya integriti dalam kehidupan seharian. Semua ahli rombongan berharap agar lawatan integriti ini diteruskan pada masa hadapan demi menyemai semangat integriti yang kukuh dalam diri dan seterusnya dalam pekerjaan masing-masing untuk kebaikan keluarga, majikan dan negara. –SS
Sumber: Hasmi Hashim, SKTM
Seksyen Penerangan dan Media, Bahagian Perhubungan Korporat