Tahniah atas Pelantikan Penyelaras Jaminan Kualiti Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Chan Pei Teng atas pelantikan sebagai Penyelaras Jaminan Kualiti Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan.

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 01 Mac 2026 hingga 29 Februari 2028.

Pihak fakulti yakin bahawa dengan pengalaman, kepakaran dan komitmen yang dimiliki, Dr. Chan Pei Teng akan dapat memperkukuhkan lagi aspek jaminan kualiti akademik dan pentadbiran fakulti, selaras dengan aspirasi Universiti Malaysia Sabah dalam mencapai kecemerlangan berterusan.

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah. Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan fakulti dalam bidang akademik, penyelidikan dan perkhidmatan.

Ikhlas daripada
Dekan, Pengurusan dan Seluruh Warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah