Tahniah atas Pelantikan Penyelaras Career Advisor Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Muhamad Hanif Bin Rawi atas pelantikan sebagai Penyelaras Career Advisor Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan.

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 01 Mac 2026 hingga 29 Februari 2028.

Pihak fakulti yakin bahawa dengan pengalaman, kepakaran serta komitmen yang dimiliki, Dr. Muhamad Hanif Bin Rawi akan dapat memperkukuhkan lagi peranan fakulti dalam aspek pembangunan kerjaya pelajar, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperluaskan jaringan industri selaras dengan aspirasi Universiti Malaysia Sabah.

Pelantikan ini juga diharap dapat menyumbang kepada usaha berterusan fakulti dalam melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri serta masyarakat.

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah. Semoga terus cemerlang dalam menerajui kecemerlangan fakulti.

Ikhlas daripada
Dekan, Pengurusan dan Seluruh Warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah