Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Lee Jau Shya, Cik Corina Lai Hui Ling dan Prof. Dr. Chye Fook Yee atas pencapaian cemerlang meraih Gold Award di International Innovation & Exhibition Fair (IIEF) 2026!
Inovasi bertajuk “Crisp Coat: A Coating Mixture to Improve the Quality of Deep-Fried Chips” ini membuktikan komitmen berterusan dalam memacu kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada warga Universiti Malaysia Sabah khususnya Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) untuk melakar lebih banyak pencapaian gemilang.