Pengiktirafan MBOT: Prof. Madya Ts. Dr. Norliza Binti Julmohammad Dianugerahkan Gelaran Teknologis Profesional
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Norliza Binti Julmohammad atas perakuan oleh Malaysia Board of Technologists (MBOT) sebagai Teknologis Profesional (Ts.). Pihak fakulti amat berbangga dengan pencapaian ini. Dengan perakuan tersebut, beliau kini secara rasminya membawa gelaran Prof. Madya Ts. Dr. Norliza Binti Julmohammad. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus cemerlang dalam menyumbang kepakaran demi kemajuan fakulti, universiti, dan masyarakat.