Mobiliti Antarabangsa Pelajar FSMP UMS: Penyertaan dalam International Summer Course SDGs 2026
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya menyertai International Summer Course: Brawijaya Summer Initiative on Sustainable Development Goals (SDGs) 2026 yang berlangsung pada 5 April hingga 10 April 2026 anjuran Faculty of Agricultural Technology, Universitas Brawijaya, Indonesia.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen fakulti dalam memperkasa mobiliti pelajar serta memperluaskan pengalaman pembelajaran di peringkat antarabangsa selaras dengan aspirasi pembangunan mampan global.
Senarai Pelajar Terlibat (Student Mobility):
• Farean Shamilla Binti Nick
• Lim Keat Wei
• Tang Jia Qii
• Aini Sofi Binti Mohd Nazrii (Online)
• Nadzatul Najihah Binti Ruhelyu
• Yap Mei Yee
• Choo Wei En (Online)
Semoga pengalaman ini dapat memperkaya pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta membentuk pelajar yang berdaya saing di peringkat global.
Syabas dan selamat maju jaya!
Ikhlas daripada
Dekan, Pengurusan dan Seluruh Warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah