Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Nutri-Club serta Dr. Norliyana Aris atas kejayaan pelaksanaan Program Nutri Talk 1.0: Imej Badan, Realiti vs Ilusi yang telah berlangsung dengan jayanya di SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada 14 April 2026.
Program ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 300 orang pelajar, satu pencapaian yang amat membanggakan serta mencerminkan sambutan yang sangat positif daripada pihak sekolah. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan imej badan yang sihat, di samping memberi pendedahan awal berkaitan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.
Selain itu, program ini turut dimanfaatkan sebagai platform untuk memperkenalkan Program Pemakanan yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. Inisiatif ini secara tidak langsung membantu meningkatkan minat pelajar terhadap bidang pemakanan serta membuka peluang kepada mereka untuk meneroka kerjaya dalam bidang berkaitan.
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan amat mengalu-alukan pelaksanaan lebih banyak program berbentuk komuniti dan outreach sekolah seperti ini pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam menyampaikan ilmu pemakanan kepada masyarakat serta memperkukuhkan peranan universiti dalam komuniti.
Sekalung tahniah dan penghargaan sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah