Sesi Audit MS ISO 9001:2015 peringkat Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 27 Julai 2026.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Juruaudit Dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas komitmen, dedikasi, dan teguran membina sepanjang sesi audit ini berlangsung. Penghargaan khusus buat barisan juruaudit kita:
- Dr. Nur Thara Atikah Zainal
- Puan Elizabeth Malanjun
- Encik Bernard Tzing Ziang Vui
FSMP sentiasa komited dalam memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan memastikan setiap proses pengurusan fakulti sentiasa berada pada tahap yang terbaik, efisien, serta menepati piawaian ISO yang ditetapkan.
Terima kasih dan syabas juga diucapkan kepada semua staf dan pengurusan FSMP yang telah memberikan kerjasama yang padu, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sesi audit pada kali ini. Teruskan kecemerlangan! 

Untuk maklumat lanjut mengenai fakulti kami, layari laman web rasmi di: