Tahniah dan Syabas kepada Pensyarah FSMP atas Kejayaan Cemerlang di Grand Finale PEREKA 2026

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada barisan pensyarah yang telah berjaya merangkul anugerah pada Grand Finale PEREKA 2026.

Pencapaian cemerlang ini merupakan satu kebanggaan besar bagi fakulti dan mencerminkan komitmen berterusan warga akademik FSMP dalam membudayakan kecemerlangan inovasi serta penyelidikan.

Berikut adalah senarai pensyarah yang telah mengharumkan nama fakulti:

Pemenang Pingat Emas:

  • Dr. Khor Ban Hock

Pemenang Pingat Perak:

  • Ts. Dr. Siti Faridah Mohd Amin

  • Dr. Ainaa Almardhiyah Abd Rashid

  • Dr. Mohamad Norisham Mohamad Rosdi

  • Pn DK. Rafidzah AK Mohiddin

Pemenang Pingat Gangsa:

  • Dr. Fadzel Wong Chee Ping

  • Ts. Dr. Mohd Nazri bin Abdul Rahman

  • Dr. Khor Ban Hock

Tahniah sekali lagi diucapkan atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua warga fakulti untuk mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan.