PERBINCANGAN KERJASAMA: FSMP UMS & CHUNK & DUNK
Pada 2 November 2026, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan satu sesi perbincangan kerjasama bersama pihak Chunk & Dunk.
Pertemuan rasmi ini bertujuan untuk meneroka potensi kolaborasi strategik antara pihak fakulti dan industri, selaras dengan matlamat memperkasakan bidang sains makanan dan pemakanan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada delegasi Chunk & Dunk atas kesudian hadir ke sesi perbincangan ini.