Soalan Lazim

1. Bilakah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) ditubuhkan?

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) ditubuhkan pada 1 Jun 2002 dengan tujuan melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, membangunkan ketahanan fizikal, mental dan spiritual pelajar, menjana pemikiran kreatif, inovatif, produktif dan proaktif serta menanamkan semangat keyakinan dan cekal menghadapi cabaran.

2. Di manakah PKPP berada?

PKPP kini beroperasi di tiga (3) kampus UMS. Pejabat utama terletak di kampus UMS Kota Kinabalu yang terletak di Teluk Sepanggar, menghadap Laut China Selatan, kira-kira 14 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pejabat cawangan adalah di UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan UMS-Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

3. Kursus kokurikulum apa yang ditawarkan?

PKPP menawarkan: -

  • Kursus kokurikulum tiga (3) & dua (2) jam kredit.
  • Kursus kokurikulum Komponen Badan Penyelamat dan Unit Beruniform.

4. Berapakah semester untuk kursus kokurikulum?

  • Kursus kokurikulum tiga (3) & dua (2) jam kredit – 1 semester
  • Kursus kokurikulum Komponen Badan Penyelamat dan Unit Beruniform
    • Kursus UMS Sejati – 3 semester
    • SISPA – 4 semester
    • PALAPES Darat, PALAPES Udara, PALAPES Laut, SUKSIS – 6 Semester

5. Bagaimana cara mendaftar kursus kokurikulum?

  • Pendaftaran kursus kokurikulum boleh dibuat melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP) - UMS dengan mengikut prosedur yang ditentukan oleh Universiti.
  • Pelajar dikehendaki mencetak salinan slip pendaftaran kursus dalam masa empat belas (14) hari selepas tarikh akhir gugur / tambah kursus.
  • Sekiranya pelajar tidak mengesahkan pendaftaran kursus dalam jangka masa yang ditetapkan, kursus yang didaftarkan akan dianggap muktamad dan disahkan sah sebagai pendaftaran pelajar.

6. Bagaimana gugur dan / atau tambah kursus kokurikulum?

  • Pelajar yang telah mengesahkan pendaftaran kursus pada minggu pertama dibenarkan gugur dan / atau tambah kursus selama tiga (3) minggu pertama semester.
  • Permohonan gugur dan / atau tambah kursus kokurikulum boleh dibuat melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP) - UMS dalam tiga (3) minggu pertama semester.
  • Pelajar perlu mendapatkan kelulusan daripada Dekan Fakulti / Pusat dan penasihat akademik dengan mengisi borang gugur kursus dan mengemukakannya kepada PKPP bagi pelajar kursus kokurikulum Komponen Unit Beruniform dan Penyelamat yang ingin menukar kursus kokurikulum.
  • Selepas akhir minggu pendaftaran, tambah kursus kokurikulum bergantung kepada kekosongan kursus dan pelajar perlu mengisi borang tambah kursus untuk memohon.

7. Bagaimana menarik diri dari kursus kokurikulum?

  • Tempoh untuk tarikh diri dari kursus bermula dari minggu empat hingga minggu ke sembilan semester.
  • Pelajar perlu mendapatkan kelulusan daripada PKPP dengan mengisi borang tarik diri kursus.

8. Bagaimana cara mendaftar kursus kokurikulum semester pendek?

  • Semester Pendek boleh dijalankan:
  • sekiranya Fakulti / Pusat menawarkannya dalam tahun pengajian; atau
  • program pengajian dibenarkan untuk melakukannya.
  • Pelajar perlu mendapatkan kelulusan daripada Dekan Fakulti / Pusat dan penasihat akademik dengan mengisi borang pendaftaran kursus (semester pendek) dan memajukan kepada PKPP.

9. Apakah komponen kursus kokurikulum yang terdapat di PKPP?

  • Komponen Kepimpinan dan Kemasyarakatan
  • Komponen Sukan dan Rekreasi
  • Komponen Kebudayaan dan Kesenian
  • Komponen Bisnes, Teknologi dan Agrotek
  • Komponen Wajadiri
  • Komponen Badan Penyelamat dan Unit Beruniform

10. Apakah kemudahan yang disediakan?

  • Dewan Canselor
  • Dataran Dewan Canselor
  • Dewan Bankuasi
  • Laman Graduan
  • Pusat Pembangunan Luar (ODEC)

11. Siapa yang harus saya hubungi untuk maklumat lebih lanjut?

Sebarang Pertanyaan Lanjut Klik e-Respon

(Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:)
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP)


Aras 1, Bangunan Dewan Canselor

Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu.
: (+6088) 329032 : (+6088) 320000 samb. 2062500

 

Menara UMS Kampus Antarabangsa Labuan,

87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.
: (+6087) 503 000 sambungan 100857 / 101281 / 103707

 

UMS Fakulti Pertanian Lestari,

Jalan Sungai Batang, 90509 Sandakan.
: (+6089) 634 000 sambungan 103500


 pkpp[a]ums.edu.my