Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR 

  1. Mengeluarkan surat kelulusan aktiviti UMS-SPRINT dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap. 

  2. Mengambil tindakan ke atas aduan/ pertanyaan (e-Respon) yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja. 

  3. Memproses urusan kewangan kakitangan, pelajar, pembekal dan tenaga pengajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat maklumat lengkap. 

  4. Memproses peminjaman peralatan, penyewaan tempat dan permohonan barang stok selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja. 

  5. Pengeluaran surat lantikan kepada tenaga pengajar tujuh (7) hari selepas menghadiri bengkel Training of Trainer

  6. Mengeluarkan maklumat kuliah tujuh (7) hari sebelum semester bermula.

  7. Memaparkan takwim akademik tujuh (7) hari sebelum semester bermula. 

  8. Memproses tempahan ruang dewan kuliah/ bilik tutorial dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh penerimaan tempahan yang lengkap.