JUMAAT, 17 FEBRUARI - UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. (UiNVEST) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) hari ini menandatangani Memorandum pesefahaman (MoU) bagi tujuan mengenalpasti produk, perkhidmatan serta kajian-kajian UMS yang boleh dikomersialkan dan dimajukan secara bersama untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di negeri ini.
Menurut Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, melalui perjanjian persefahaman tersebut, beberapa kajian dan penyelidikan yang berpotensi telah dikenalpasti untuk dinilai dan diteroka.
“Beberapa bidang seperti pertanian yang merangkumi akuakultur, penternakan, bidang pelancongan, keusahawanan, bidang perundingan dan pengkomersialan akan diteroka oleh UiNVEST dan SEDCO,” ujarnya.
Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Hj. Hashim Hj. Paijan di Kota Kinabalu.
Tambah Datuk Raymond, kedudukan Sabah yang sering kali menjadi tarikan pelancong turut membuka ruang kajian berkaitan pembangunan hartanah, perkhidmatan konsultasi, produksi inovasi serta pendidikan dan latihan yang boleh dimajukan bersama oleh kedua-dua pihak.
“Dengan termeterainya perjanjian persefahaman ini UiNVEST dan SEDCO berupaya membawa satu perubahan untuk negeri Sabah dalam memacu pembangunan ekonomi negeri serta membantu kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tertentu, memupuk dan melahirkan usahawan tempatan Sabah yang berdaya saing dan berdaya maju selari dengan aspirasi kerajaan negeri,” katanya.
Pada majlis MoU itu, UiNVEST diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ramlan Awang Ali dengan disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan, Datuk Awang Buhtamam Awang Mahmun.
Manakala, SEDCO diwakili Pengurus Besar Kumpulan, Tuan Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir dengan disaksikan Timbalan Pengerusi, Datuk John Teo Mau Sing.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor D. Kamarudin D. Mudin, Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS serta pegawai-pegawai eksekutif UiNVEST dan SEDCO.
Foto: Musaab Umair



KHAMIS, 16 FEBRUARI – Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjalin satu perkongsian bersama salah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah, iaitu Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (GP3NS).
RABU, 15 FEBRUARI - Program ‘Transformasi Diri’ bersama Pakar Motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 300 peserta di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.
RABU, 15 FEBRUARI - Seramai 181 kakitangan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) menjayakan aktiviti ‘Team Building’ di lobi Kompleks Perhutanan fakulti itu baru-baru ini.
JUMAAT, 10 FEBRUARI - Bersempena sambutan Maulidur Rasul 1438H/2017H peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal berlangsung pada 17 – 19 Februari ini, Jabatan Pendaftar menganjurkan program perkongsian ilmu bertempat di Galeri Majlis, UMS pagi tadi.