SELASA, 17 DISEMBER - Seramai 25 peserta terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, dan Pegawai Pengurusan dan Profesional Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengikuti retreat Pelan Strategik Tahun 2020 anjuran fakulti itu bertempat di Mesilou, Kundasang, baru-baru ini.
Menurut Dekan FPSK, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree, retreat tersebut dianjurkan agar dapat memacu FPSK untuk lebih kompeten dan berdaya saing pada tahun seterusnya.
“Selain itu, retreat ini diadakan untuk menekankan kepentingan mengamalkan budaya integriti dalam kalangan kakitangan yang dapat membantu UMS mencapai kecemerlangan dan keunggulan sejajar dengan hasrat Naib Canselor UMS ke arah Universiti Rahmah,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Timbalan Pendaftar FPSK, Hasmi Hashim berkata retreat yang diadakan selama dua hari itu diisi dengan sesi perbincangan yang padat.
“Kandungan retreat adalah seperti pembentangan Indeks Prestasi Utama yang dipadankan bersama Bidang Keberhasilan Utama UMS berserta analisis SWOT yang dibentangkan oleh semua Timbalan Dekan dan Timbalan Pendaftar FPSK, perbincangan penambahbaikan Piagam Pelanggan, Daftar Risiko serta laluan kerjaya kakitangan akademik FPSK dan lain-lain lagi,” ujarnya.
Hadir sama, mantan Naib Canselor iaitu Prof. Datuk Dr. D ko Kamarudin D Mudin, mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Shahril Yusof dan mantan Dekan FPSK, Prof. Dr. Zainal Arifin Mustafa.



ISNIN, 16 DISEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakar satu lagi sejarah apabila menubuhkan Institut Confucius (CI) iaitu sebuah institut bahasa Mandarin yang pertama di Borneo.
JUMAAT, 13 DISEMBER – Seramai 48 pelajar Program Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjayakan program komuniti “Mahasiswa Perintis Komuniti Sejahtera” di Kampung Tinangol, Kudat baru-baru ini.
JUMAAT, 20 DISEMBER – Seramai 58 pelajar tahun akhir program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) diberi pendedahan berkenaan ‘Peranan Bomba di dalam Proses Kelulusan Pelan Pembangunan dan Bangunan serta Akta-Akta Berkaitan’ dalam satu program yang berlangsung di bangunan FKJ, baru-baru ini.
KHAMIS, 12 DISEMBER – Pelajar Program Perniagaan Antarabangsa, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah turun padang bagi mengadakan aktiviti kebajikan bersama penduduk Kampung Air, Semporna baru-baru ini.