JUMAAT, 23 FEBRUARI: Program Townhall Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mendapat sambutan memberangsangkan daripada kakitangan pelbagai lapisan di universiti itu.
Terbaru, UMS mengadakan program tersebut di Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Kampus UMS Sandakan yang dihoskan Penolong Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Marcus Jopony.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan FPL, program sehari itu menyaksikan kupasan Pelan Strategik UMS 2018-2020 bersama Naib Canselor UMS, Prof D. Kamarudin D. Mudin.
Dalam masa yang sama Naib Canselor UMS berkongsi pandangan daripada pihak pengurusan universiti di samping memberi peluang kepada semua kakitangan pelbagai skim dan gred jawatan di FPL mengemukakan cadangan ke arah merealisasikan visi dan misi universiti.
Program itu disertai Dekan FPL UMS Sandakan, Prof Madya Dr. Saafie Salleh bersama seramai 121 kakitangan kakitangan akademik dan pentadbiran di fakulti berkenaan.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Rasid Mail; Pendaftar, No’man Datuk Hj. Ahmad; Bendahari, Zallifah Shadan; dan Ketua Pustakawan UMS, Dayang Rukiah Awang Amit.
Untuk rekod, Program Townhall UMS sebelum ini telah dilangsungkan di UMS Kota Kinabalu dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan.
Sumber: Roslan Gimba FPL



SELASA, 20 FEBRUARI - Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) dicadangkan meneliti kembali perlembagaan kesatuan tersebut agar dapat menjana kewangan untuk digunakan bagi menjaga kebajikan ahlinya.
SELASA, 20 FEBRUARI - Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Program Mentor Mentee HA18 Geografi mengadakan Kempen Kebersihan di Pekan Tamparuli, baru-baru ini.
SELASA, 13 FEBRUARI - Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Bengkel Penilaian Silabus untuk Program e-Usahawan dengan bimbingan pihak Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Bangunan Menara UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), baru-baru ini.
SELASA, 13 FEBRUARI – Program Malaysian Professional Prospect Convention (MyProspec) 2018 anjuran Kelab Rakan Pustaka (KRP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) baru-baru ini mampu membantu membangunkan potensi diri belia tempatan dalam memilih kerjaya yang akan diceburi kelak.