KHAMIS, 14 DISEMBER – Seramai 100 peserta daripada pelbagai etnik dan anutan agama hadir menjayakan Forum Harmoni 1Malaysia yang dianjurkan dengan gabungan kerjasama Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS), Belia Harmoni Alamesra, dan Hidayah Centre Foundation, Kota Kinabalu.
Dengan tajuk ‘Kedamaian dan Kebahagian Pelbagai Agama’, forum itu diadakan bertempat di Auditorium Perpustakaan UMS, baru-baru ini.
Pengarah PIUMS, Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat berkata, forum itu antara lain bertujuan untuk menyampaikan konsep kedamaian dan kebahagiaan menurut kitab agama masing-masing serta menjelaskan tentang pemahaman masyarakat terhadap kepelbagaian agama di dunia.
“Melalui forum ini, kita dapat duduk bersama-sama serta dapat memupuk keharmonian dan melahirkan masyarakat seimbang dengan mengetahui dan berinteraksi dengan mereka yang berlainan agama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan forum berkenaan.
Forum sehari itu menyaksikan seramai tiga ahli panel terlibat, iaitu Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Haji Nicholas Sylvester; Ketua Rahib Mettiyarama Centre Kota Kinabalu, Bhante Jotipala; dan Ahli Aktif Kuil Sri Pasupathinath Kota Kinabalu, Dr. Shargunandass Iynam.



KHAMIS, 14 DISEMBER - Lebih 70 kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun dari Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan beberapa sekolah di sekitar Kota Kinabalu turut menjayakan program myTREEvolution anjuran Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi (BHI-KPT) menerusi CEO@Faculty Programme 2.0 di Kompleks Perhutanan, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) kelmarin.
KHAMIS, 14 DISEMBER - Seramai 21 peserta berjaya menamatkan program SME@UMS dan diraikan pada Majlis Graduasi Program SME@UMS 2017 kali ke-3 yang berlangsung di Galeri Majlis Universiti Malaysia Sabah (UMS), kelmarin.
RABU, 13 DISEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih pelbagai keistimewaan hasil daripada jalinan kerjasama dan persahabatan antara Malaysia dan Jepun yang terjalin sejak 60 tahun lalu.
SELASA, 12 Disember 2017 – Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Karnival Sukan Keluarga (KASUGA) bertempat di Kompleks Sukan UMS baru-baru ini.