KHAMIS, 16 NOVEMBER – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Johnson Tee merasmikan Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-19 yang berlangsung pada Sabtu hingga Isnin depan.
Beliau menyempurnakan lafaz perasmian semalam di Padang Kawad yang menjadi lokasi Tamu Gadang sehingga 21 November 2017.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Hajah Nurlaila Said, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ismail Ali dan Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.
Terdahulu, Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dalam ucapannya berkata, Tamu Gadang yang dianjurkan setiap tahun sempena Majlis Konvokesyen UMS merupakan platform untuk melatih kepimpinan dalam kalangan mahasiswa khususnya dalam melaksanakan program di dalam kampus.
Katanya, penganjurannya yang menjadikan pelajar sebagai pengendali utama itu juga amat bertepatan dalam memastikan peningkatan kemahiran insaniah sekali gus melahirkan graduan yang berdaya saing dan berminda kelas pertama.
Ujar beliau, Tamu Gadang pada kali ini akan diserikan dengan pelbagai acara pentas dan malam konsert artis terkemuka tanah air seperti Haqiem Rusli, Ernie dan Wany Hasrita yang merupakan finalis Anugerah Juara Lagu selain ramai lagi artis tempatan Sabah.
Hampir 200 gerai pameran juga dibuka pada kali ini yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, jualan dan produk makanan.



KHAMIS, 16 NOVEMBER – Seramai 57 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditauliah pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam dalam satu majlis di UMS Peak kelmarin.
KHAMIS, 16 NOVEMBER - Penyelidik dan pakar dalam industri bioteknologi perlu meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang akan membawa kepada penemuan baharu dan boleh diterjemahkan kepada inovasi.
RABU, 15 NOVEMBER – Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyampaikan sumbangan berjumlah RM 800 kepada pertubuhan Kinabalu Pink Ribbon sebagai tanda sokongan terhadap gerakan pertubuhan tersebut yang memperjuangkan aktiviti kesedaran terhadap kanser payu dara.
SELASA, 14 NOVEMBER – Seramai 20 pelajar Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan lawatan ke Wad Kanak-kanak di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas baru-baru ini.