JUMAAT, 08 DISEMBER - Seramai 70 peserta menyertai ‘UMS Charity Run’ yang dianjurkan baru-baru ini oleh Persatuan Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (IEEE) Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan IEEE, larian tersebut dimulakan dari Fakulti Kejuruteraan (FKJ) melalui beberapa laluan sejauh tujuh kilometer di sekitar UMS sebelum kembali semula ke FKJ bagi menamatkan larian.
Majlis pelepasan peserta disempurnakan Ketua Program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik FKJ UMS, Ir. Pungut Ibrahim.
Kenyataan IEEE turut memaklumkan bahawa larian tersebut diadakan bertujuan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKKU), Sembulan.
Larian tersebut yang turut dijayakan beberapa ahli Kelab Prosis, juga menyaksikan kehadiran tiga kanak-kanak kurang upaya yang turut serta dalam larian sehingga ke Bulatan Menara Jam UMS.
Sebanyak RM1,000 berjaya dikumpulkan pada larian itu yang kemudian disampaikan oleh Ir Pungut kepada wakil TDKKKU, Sarina Bukut.
Ir. Pungut turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang larian.
Sumber: Khairul Najmi



JUMAAT, 08 DISEMBER - Kelab Pelancongan Universiti Malaysia Sabah (TRUMS) baru-baru ini menganjurkan Program Kepimpinan Global (GLP) bertempat di Hotel Lab, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS.
KHAMIS, 7 DISEMBER - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dianugerahkan pangkat Kepten (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dalam satu majlis rasmi hari ini.
KHAMIS, 07 DISEMBER - Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Simposium Pascasiswazah kali ke-9, kelmarin.
KHAMIS, 7 DISEMBER – Dalam usaha memudahkan penyaluran maklumat kepada masyarakat luar, Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tampil mewujudkan e-Buletin dan Pusat Perkhidmatan TESL (TSC).