RABU, 7 NOVEMBER - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) menjadi satu lagi jabatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang melaksanakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komitmen terhadap membudayakan amalan integriti dan mencegah rasuah dalam tugasan seharian.
Bertempat di Auditorium Kuliah, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), seramai 191 kakitangan terlibat dalam sesi melafazkan dan menandatangani IBR yang turut disaksikan oleh Dekan FSSA, Prof. Dr. Baba Musta dan Penguasa Unit Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Mohd Zaini Hassan.
Antara ikrar yang dilafazkan termasuklah melaporkan kepada SPRM terhadap sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan diri sendiri dan kakitangan di bawah seliaan masing-masing.
Pada majlis tersebut, Wakil SPRM turut memberi taklimat mengenai peranan SPRM dan individu dalam menangani gejala rasuah dan turut berkongsi pengalaman menangani kes-kes rasuah berprofil tinggi di Malaysia.
Sumber : Kenny Uwai
Gambar : Razuan Mathew



SELASA, 7 NOVEMBER – Program Charity For Unity anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Usia 1Borneo (KKU1B) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu menggalakkan siswa-siswi UMS mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat luar.
SELASA, 7 NOVEMBER - Seramai 30 murid Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Pekan Dua (SKPD) telah mengikuti Bengkel Photoshop dan Poster pada program E-Komuniti Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) di Makmal FKI, Tingkat 9, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kelmarin.
ISNIN, 6 NOVEMBER – ‘Program Santai Budaya’ anjuran Barisan Jawatankuasa Mahasiswa (JAKMAS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama pelajar-pelajar Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) baru-baru ini berjaya merealisasikan hasrat warga KKTM dengan mewujudkan sebuah sudut yang dinamakan ‘Perpustakaan Mini Kolej Kediaman Tun Mustapha’.
ISNIN, 6 NOVEMBER – Program Komuniti Sains dan Teknologi Sekolah Luar Bandar anjuran pelajar Sarjana Pendidikan Semester Tiga dalam bidang Kurikulum dan Pengajaran, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) di SMK Limbanak, Penampang baru-baru ini mampu menonjolkan kreativiti pelajar luar bandar.