JUMAAT, 22 APRIL - Exco Kebudayaan dan Kesenian, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Tun Mustapha, Universiti Malaysia Sabah telah menjayakan program kesedaran kesihatan ‘Budaya Sihat Tinggi Nilainya’ baru-baru ini.

Program dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS dan Hospital Queen Elizabeth itu disertai seramai 150 orang pelajar UMS, selain turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air, Nazrief Nazri selaku artis jemputan pada hari tersebut.

Menurut pengarah program, Muhammad Hamka Hashim, program ini merupakan satu kesinambungan terhadap program sebelum ini, iaitu program ‘Kesihatan Tinggi Nilainya (KANTA).

“Program pada kali ini turut memuatkan beberapa aktiviti lain seperti persembahan kumpulan buskers dan juga pertandingan karaoke secara percuma kepada seluruh pengunjung yang hadir sebagai satu kaedah menarik lebih ramai penyertaan kepada masyarakat awam, sekali gus mampu mencapai objektif program dalam memberikan kesedaran terhadap nilai budaya hidup sihat,” katanya.

Antara aktviti menarik yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah aktiviti “Zumba For Health” pemeriksaan kesihatan secara percuma, aktiviti derma darah, cabutan bertuah, dan sesi cermah kesihatan oleh wakil pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS

KHAMIS, 21 APRIL - Pelbagai acara akan menjadi pengisian Roadshow dan Hari Bertemu Pelanggan, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) pada 27 April 2016.

Pegawai Hal Ehwal Islam PIUMS, Noorisah Taljid berkata, antara yang diadakan termasuklah bicara ilmu, penerangan perkhidmatan PIUMS, klinik Tahsin al-Fatihah, klinik zakat, pameran aktiviti, jualan Yassin/wakaf dan acara cabutan bertuah.

“Program ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Galeri Majlis, Bangunan Canselori,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu katanya, seluruh warga UMS dijemput hadir sama bagi menjayakan program berkenaan.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Ustazah Noor Fazelah Salimin di sambungan 2740 atau talian 0195323732,” tambah Noorisah.

RABU, 20 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan logo universiti sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada pihak Bahagian Perhubungan Korporat (BPK) UMS.

Menurut kenyataan bahagian itu hari ini, UMS sangat memandang serius terhadap perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.

Kenyataan itu memberitahu, penyalahgunaan logo UMS tanpa melalui BPK mudah dikenalpasti melalui penggunaan logo lama yang kini tidak lagi digunapakai oleh universiti semenjak 2013.

Semalam, UMS menyedari sekali lagi menjadi mangsa apabila logo lama universiti digunakan dalam poster penganjuran program Perjalanan Hijrah dan Dakwah Catatan Kehidupan yang disampaikan Penceramah Ustaz Ayub Abdul Rahman yang mana UMS tidak terlibat dalam penganjurannya.

Lantaran penyalahgunaan logo itu, wujud kekeliruan dalam pelbagai pihak apatah lagi poster berkenaan menyentuh sensitiviti masyarakat Sabah yang terkenal dengan keharmonian dalam kepelbagaian kaum dan agama. 

BPK memohon agar pihak yang menggunakan logo UMS tanpa kebenaran bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan kepada umum bagi mengelakkan kekeliruan ini berlanjutan.

Sebelum ini, logo UMS turut disalahguna apabila turut dipaparkan sebagai rakan penganjur bagi satu acara perhimpunan yang diluar pengetahuan pihak universiti.

Sementara itu, BPK menafikan dakwaan sebuah akhbar yang diterbitkan sejak 1963 bahawa ada menghubungi UMS namun tidak mendapat respon.

BPK UMS yang sentiasa mengadakan hubungan baik dengan seluruh penggiat media di Malaysia dan antarabangsa langsung tidak dihubungi oleh syarikat akhbar berkenaan, yang telah menerbitkan berita tanpa usul periksa dengan menggambarkan UMS sebagai penganjur utama. -SS

RABU, 20 APRIL – Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) yang mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) memenangi dua anugerah emas dalam ‘Lean Management’ di Konvensyen Mini dan Team Excellence Sabah 2016, dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) baru-baru ini.

Projek tersebut adalah ‘Mengurangkan Kos dan Masa Pengendalian Borang OMR’ dan ‘Proses tempahan Dewan Kuliah Pusat UMS Secara Online (Tempahan Dalaman)’.

“Kami sangat teruja apabila diumumkan pemenang bagi anugerah emas, ini membuktikan bahawa usaha kami dalam meningkat meningkatkan kualiti perkhidmatan diiktiraf,” kata Norti Sirin, Ketua BPA yang juga sempat memberitahu pemberita bahawa ini adalah percubaan pertama mereka.

“Ini memberi suntikan semangat kepada BPA untuk terus berusaha meningkatkan perkhidmatan kami dan mengekalkan penambahbaikan secara berterusan sebagai budaya dalam pekerjaan,” katanya lagi.

Projek ini masing-masing dihasilkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan, dan Seksyen Pendaftaran, Penjadualan dan Peperiksaan.

Konvensyen Mini dan Team Excellence 2016 yang diadakan di Kota Kinabalu ini disertai sembilan lagi agensi kerajaan. – FL

Gambar: BPA