SELASA, 05 APRIL - Seramai 60 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai Program Showcase Talent anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Persekutuan Negeri Sabah dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda UMS, baru-baru ini.
Pada program tersebut, peserta berkesempatan menyertai dua bengkel iaitu Bengkel Asas Solekan dan Fotografi yang turut disertai sepuluh pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah.
Program sehari itu dikendalikan dua penceramah iaitu jurusolek profesional, Douglas David dan jurufoto dari Jari-jari Halus Fotografi, Mohd Daniel Ramadhan Abdullah.
Majlis penyampaian sijil disampaikan Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Persekutuan Negeri Sabah, Hasmah Ajem.
“Bengkel jangka pendek ini membolehkan belia IPT mengenali dan memahami asas sesuatu kemahiran di samping dapat memupuk semangat kerjasama melalui perkongsian ilmu yang bermanfaat antara satu sama lain,” katanya ketika merasmikan penutupan program tersebut.
Hasmah juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS dalam membantu menjayakan Showcase Talent.
Turut hadir, Pegawai Pembangunan Rakan Muda JBS Persekutuan, Jovanna Juanis dan Khazarudin Kahar.
Sumber : Norhana Nordin HEPA
Jurufoto : JBS



ISNIN, 4 APRIL - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) telah menganjurkan program “Selangkah Ke Menara Gading Siri 2” baru-baru ini, yang menyasarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam dan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah sekitar Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.
ISNIN, 4 APRIL - Sesi kuliah Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan ditangguhkan sekiranya paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat, kata Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.
JUMAAT, 1 APRIL - Wajadiri Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi (WSCPUH) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa warga kampus UMS terutamanya pelajar untuk hadir ke ceramah dijadualkan berlangsung di Dewan Kuliah Pusat Ke-2 (DKP 25) malam ini.
KHAMIS, 31 MAC - Gugusan Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terdiri daripada Fakulti Sains Sumber Alam (FSSA), Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) serta Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) berganding bahu membantu penduduk Kampung Lentuong, Karambunai baru-baru ini.