ISNIN, 18 JANUARI - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjemput warga universiti untuk mengambil bahagian dalam urus niaga secara Car Boot Sales yang diadakan pada 25 Januari depan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FPSK, program yang dijangka mendapat sambutan hangat ini akan diadakan di tempat letak kereta fakulti berkenaan bermula pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang.
Penjualan yang dilakukan melalui kenderaan masing-masing ini mengenakan yuran sebanyak RM20 untuk setiap peserta.
Bagi penyertaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Nurul Izza Md Nordin ditalian 013-8500362.
Orang ramai turut dialu-alukan hadir membeli barangan yang ditawarkan pada program tersebut.



ISNIN, 18 JANUARI - Agenda penerbitan, jaringan industri dan geran penyelidikan antara perkara yang perlu diperkasakan bagi memastikan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) mencapai status kecemerlangan tersendiri.
JUMAAT, 15 JANUARI – Artikel bertajuk ‘Isu Kemanusiaan Darfur, Sudan’ memberi tuah kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Siti Nurzulaiha Lailee apabila dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ‘Young Humanitarian Writers Competition 2015'.
JUMAAT, 15 JANUARI - Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyediakan makanan tengahari percuma kepada mahasiswa di Masjid UMS.
SELASA, 12 JANUARI – Wakil Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul pemenang tempat ketiga kategori wanita pada Festival Nyanyian Lagu Asli Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) baru-baru ini.