By Feria Lee

Photo: Johaidi Ismail

MONDAY, 26 OCTOBER – The Corporate Relations Division (BPK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) recently embarked on an education road tour to certain schools throughout Sabah to promote the university to Pre-University (Form 6) and Form 5 students, and to make it their first choice university for their tertiary education.

Focusing on the interior schools in Sabah, BPK collaborated with the Centre for Postgraduate Studies (PASCA) of UMS, Preparatory Centre for Science and Technology (PPST) and UMS Centre for External Education (PLUMS).

Despite the haze causing some schools in Semporna and Tawau to close, the education road tour started at SMK Bugaya, Semporna before continuing to SMK Tawau the next day.

The first leg of the tour ended in SMK Elopura, Sandakan.

The second leg of the education road tour continues this week until end of the month.

One of the objectives of this education road tour is to identify potential students under the Below 40% household income (B40) hard-core poor with the minimum eligibility to further their education at university level,  under the university’s Corporate Social Responsibility (CSR) initiative. 

With a total of 10 faculties, UMS offers 64 degree programmes for Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matriculation and Diploma holders and a preparatory centre for Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) holders focussing on science and technology subjects.

KHAMIS, 22 OKTOBER - Seramai 173 pelajar antarabangsa menghadiri program Luncheon Talk bersama Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Tun Zaki Tun Azmi di Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kelmarin.

Ceramah yang diadakan buat julung kalinya itu dimulakan dengan sesi pengenalan daripada Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Molly Donna Awang Sham.

Program tersebut diteruskan dengan ceramah Tun Zaki yang mengulas mengenai pencapaian akademik pelajar.

Beliau mengumumkan seramai tiga pelajar antarabangsa akan menerima anugerah atas pencapaian akademik yang cemerlang pada majlis konvokesyen November ini.

Seorang daripadanya ialah pelajar dari Korea Selatan yang bakal menerima Anugerah Tun setelah mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.97.

Dua pelajar yang lain pula akan menerima Anugerah Dekan.

Dalam pada itu, Tun Zaki turut membicarakan lain-lain isu yang berkaitan masalah bahasa, sosial dan aktiviti-aktiviti pelajar.

Beliau juga menyarankan agar UMS membantu memperkasakan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan mereka dengan mewujudkan program pengucapan awam, memperkenalkan lebih banyak aktiviti berkumpulan dan mengadakan program Keluarga Angkat.

Beliau juga memberi cadangan agar para pelajar antarabangsa perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa Melayu.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin;  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali; Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Prof. Datin Dr. Mariam Abdul Latif; Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Prof. Dr. Vincent Pang; wakil UMS Investment, Ramlan Awang Ali dan wakil Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS, Ghazali Nurilah,

Untuk rekod,  pelajar yang hadir pada program itu terdiri daripada pelajar negara Republik Rakyat China, Brunei, Indonesia, Maldives, Fiji, Timor Leste, Tanzania, Omen, Zanzibar,  Iraq, Vietnam dan Kemboja. –SS

Sumber: Mohd Khairuddin Ahmad, PHEA

SELASA, 20 OKTOBER - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau mengadakan Program Komuniti Sekolah Luar Bandar baru-baru ini.

Menurut penyelia program, Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah, program itu yang bertujuan mengukuhkan pemahaman mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) disertai 48 pelajar tingkatan empat jurusan Sains Tulen sekolah berkenaan.

“Ia juga bagi menggalakkan pemikiran kritis, daya penyelesaian masalah, kreativiti dan inovasi serta komunikasi dan kerjasama antara ahli dalam aktiviti berkumpulan,” katanya ketika dihubungi media.

Jelasnya, penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan dilihat sangat memberangsangkan sekali gus mencungkil kreativiti mereka secara menyeluruh khususnya dalam aspek penyelesaian masalah.

“Para pelajar juga turut menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi serta saling berkongsi idea bagi menghasilkan rekaan yang terbaik dalam tiga cabaran yang diberikan iaitu aktiviti Menara Tangki Air, Jambatan Kertas dan Survival Gempa,” tambah Dr. Siew lagi.

Program selama dua hari itu dikelolakan sepenuhnya siswa-siswi pascasiswazah UMS bagi jurusan Sarjana Pengurusan Pendidikan. -ZMD

 Sumber : Fakulti Psikologi dan Pendidikan

Oleh : Che Hasruddin Che Hasan

SELASA, 20 OKTOBER – Lazimnya, program riadah berjalan kaki dilakukan di waktu pagi atau petang untuk menjana kecergasan fizikal dan kecerdasan minda.

Begitu pun, aktiviti riadah ini dianjurkan pada waktu malam bagi memberikan perspektif berbeza bagi penggemar untuk menikmati keindahan kampus.

“Seingat saya, pertama kali dalam sejarah penganjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dianjurkan pada waktu malam dan saya teruja dengan sambutan meriah kira-kira 300 peserta yang menyertainya,” kata Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah di perkarangan bangunan Canselori baru-baru ini.

Program yang dinamakan Walk For Fun dianjurkan oleh Jabatan Canselori UMS ini menerima penyertaan bukan sahaja daripada kakitangan dan pelajar UMS, bahkan mendapat sambutan daripada penggemar aktiviti berjalan malam ini, termasuk juga kanak-kanak.

“Menerusi program ini, hubungan kekeluargaan antara ahli keluarga kakitangan, sesama kakitangan dan pelajar dapat diperkukuhkan serta juga dapat memupuk perpaduan dan kerjasama,” kata beliau lagi yang turut bersama peserta berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer.

“Saya amat menyokong program sebegini untuk dijadikan sebagai acara tahunan dan berharap penyertaan daripada warga UMS semakin bertambah,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj. Ahmad berkata, beliau sama sekali tidak menyangka sambutan yang diberikan warga UMS dan ahli keluarga mereka sangat memberangsangkan.

“Kehadiran seramai 300 peserta membuktikan bahawa warga UMS sedar kepentingan mengamalkan cara hidup sihat. Kedudukan geografi UMS yang berbukit dengan sajian pemandangan indah pada waktu malam sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada peserta,” katanya yang juga Ketua Jabatan Canselori.

No’man turut mengakui yang Jabatan Canselori akan menjadikan acara ini sebagai aktiviti tetap Jabatan Canselori dan dianjurkan dengan skala yang lebih besar dan jarak yang lebih jauh di dalam kampus.

Selain berjalan kaki, penganjur turut menyediakan sebanyak 60 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi peserta.

Turut hadir memeriahkan acara ini ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr Ismail Ali; Pemangku Bendahari, Zallifah Shadan dan Pengarah Pusat Sukan UMS, Mohd Asyraaf Fong Abdullah. -CD-

Foto: Johaidi Ismail