Oleh Faezah Mohamad Dun
Foto : Johaidi Ismail
SELASA, 17 NOVEMBER - Mantan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Henry Chin Poy Wu diraikan dalam majlis apresiasi yang diadakan di Ballroom Pacific Sutera Hotel, semalam.
Dalam ucapan beliau, Tan Sri Henry Chin yang memegang jawatan tersebut selama 15 tahun melahirkan rasa sebak dan terharu atas keraian tersebut.
“Walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMS, namun bagi saya ini bukanlah satu penamat atau titik noktah terhadap ikatan saya bersama universiti tercinta ini.
“Saya sedia memenuhi ruang dan masa bagi menabur bakti terhadap UMS pada bila-bila masa melalui perkongsian ilmu dan pengalaman khususnya dalam isu pentadbiran dan governan, keselamatan dan sebagainya,” ujarnya.
Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi turut menyifatkan sumbangan Tan Sri Henry kepada UMS adalah suatu yang tidak ternilai.
“Terima kasih kerana telah membantu dalam memacu kecemerlangan UMS selama ini. We owe you,” katanya.
Pada majlis tersebut, sebuah buku biografi Tan Sri Henry bertajuk ‘A Gentleman and An Officer’ turut dilancarkan.




ISNIN, 16 NOVEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang meniti kecemerlangan menerusi pencapaian membanggakan sejak akhir-akhir ini dengan memenangi beberapa anugerah yang membanggakan di pameran dan majlis anugerah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
ISNIN, 16 NOVEMBER - Selepas menjuarai Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan 2015, kali ini Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) sekali lagi menjulang kejuaraan menerusi Kejohanan Futsal Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah yang berlangsung di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, kelmarin.
JUMAAT, 13 NOVEMBER - Mantan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Abdullah Hj. Mohd Said diraikan dalam satu majlis Apresiasi yang berlangsung di The Klagan Regency, 1Borneo, semalam.