ISNIN, 09 NOVEMBER - Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) muncul juara dalam kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan 2015 yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, kelmarin.
Kejohanan anjuran Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA) menyaksikan pasukan KESUMBA yang dilatih oleh Sidar Mohd Salleh menewaskan Persatuan Alumni Maktab Sabah (OSCA) dengan jaringan 16-10 pada perlawanan akhir sekali gus menerima wang tunai RM1,000, piala iringan, medal dan sijil penyertaan berserta minuman isotonik tajaan F&N.
Bagi Ketua Biro Sukan, Sosial dan Rekreasi KESUMBA, Erna Jefren yang juga pengurus pasukan berkata, pihaknya akan terus komited untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun-tahun hadapan.
Sementara itu, pemain KESUMBA, Dayang Anak Manggie turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan manakala Redzanizah Duman (OSCA) dipilih sebagai penjaring terbanyak dengan 93 jaringan.
OSCA yang akur dikedudukan naib juara turut menerima wang tunai RM700, piala, medal, sijil penyertaan dan minuman tajaan F&N.
Tempat ketiga dimenangi pasukan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selepas menewaskan Jabatan Imigresen 24-21 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.



ISNIN, 09 NOVEMBER - Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) muncul juara dalam kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan 2015 yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, kelmarin.
JUMAAT, 06 NOVEMBER - Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Sri Angkasa (KKSA) menganjurkan Program Pemantapan Kebajikan dan Keselamatan Kolej Kediaman melalui lawatan ke beberapa Universiti Awam di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.
JUMAAT, 06 NOVEMBER - Persatuan Mahasiswa Psikologi Pendidikan dan Sukan (PERMAPPS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini berkunjung ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lasau Podi, Kota Belud bagi menjayakan program ‘A Step To Success’.