JUMAAT, 06 NOVEMBER - Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Sri Angkasa (KKSA) menganjurkan Program Pemantapan Kebajikan dan Keselamatan Kolej Kediaman melalui lawatan ke beberapa Universiti Awam di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.
Menurut kenyataan kolej kediaman berkenaan, program itu antara lain bertujuan menimba pengalaman serta meningkatkan kemampuan dalam mentadbir dan menguruskan pelajar di peringkat kolej dalam skop JAKMAS.
Ia juga sebagai usaha bagi mengeratkan hubungan dengan universiti yang dilawati di samping menjadi medan perkongsian bagi membincangkan isu-isu yang berfokuskan kepada kebajikan dan keselamatan di peringkat kolej kediaman masing-masing.
Program selama lima hari itu disertai lapan pelajar dengan diiringi Timbalan Pengetua KKSA, Masnaneh Masdin dan Ketua Felo KKSA, Massalinri Md Tahir selaku pegawai penyelaras dan pemantau.
Antara universiti yang dilawati ialah Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, dan Universiti Sains Malaysia. – SS
Sumber: KKSA



JUMAAT, 06 NOVEMBER - Persatuan Mahasiswa Psikologi Pendidikan dan Sukan (PERMAPPS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini berkunjung ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lasau Podi, Kota Belud bagi menjayakan program ‘A Step To Success’.

KHAMIS, 05 NOVEMBER - Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) mengadakan Majlis Penyerahan Tugas Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) bagi Sesi 2015/2016 baru-baru ini.
RABU, 04 NOVEMBER – Seramai 30 pemimpin pelajar Kolej Kediaman E Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraikan dalam satu majlis penghargaan yang berlangsung di Hotel Avangio Kota Kinabalu, baru-baru ini.