Oleh: Mohd. Affzanizam Mohd Amin

Gambar: Ernest Berinus

JUMAAT, 18 SEPTEMBER – Universiti Malaysia Sabah menjadi tuan rumah bagi penganjuran julung kalinya Pesta Buku Borneo bermula kelmarin sehingga 21 September ini.

Pesta buku yang diadakan di kompleks beli belah 1Borneo itu adalah hasil cadangan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang mencadangkan agar UMS melalui Penerbit UMS menerajui satu pesta buku yang merangkumi bukan sahaja Sabah dan Sarawak malah Brunei dan Wilayah Kalimantan, Indonesia.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata penganjuran pesta buku ini antara lain bagi menggalakkan serta menggiatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Menerusi pameran dan jualan pelbagai genre bahan bacaan dalam dan luar negeri, ia akan  memberikan lebih banyak pendedahan dan pilihan kepada pengunjung untuk membeli bahan-bahan bacaan.

“Diharap agar pesta buku ini dapat membantu promosi buku-buku ilmiah khususnya selain pelbagai jenis buku-buku akademik dan bukan akademik yang lain” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pesta berkenaan.

Beliau menambah, penganjuran Pesta Buku Borneo diharap dapat membantu usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memupuk kerjasama serantau di antara Brunei Darussalam, Kalimantan dan juga wilayah-wilayah di bawah BIMP-EAGA.

“Pihak penganjur juga berharap agar pesta buku ini dapat dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri Sabah,” ujarnya.

Oleh Salbinous Saribun

Photo: Ernest Berinus

JUMAAT, 18 SEPTEMBER – Orang ramai khususnya golongan muda perlu membudayakan amalan membaca berbanding terus melayan karenah laman sosial.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, pada masa kini masyarakat lebih cenderung kepada laman sosial sehingga terlupa bahawa sumber ilmu yang menjana intelek dan daya pemikiran adalah melalui pembacaan buku.

“Misalnya, berjam-jam dihabiskan untuk melayan aplikasi whatsapp dengan menggunakan singkatan-singkatan perkataan, malah ramai juga yang gemar menggunakan simbol sahaja. Mungkin dari sisi lain ia menjimatkan masa tetapi ia sebenarnya  memberi kesan perkembangan sifat malas terutama dalam merangsang minda untuk berfikir,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Pesta Buku Borneo anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di 1Borneo kelmarin.

Datuk Masidi yang juga Exco Pelajaran Negeri Sabah turut menyeru agar orang ramai memanfaatkan pesta itu sepenuhnya dan mendapatkan buku-buku ilmu sepanjang lima hari program itu berlangsung.

“Rebutlah peluang ini sebaik mungkin kerana budaya membaca begitu banyak faedahnya,” ujarnya sambil menyifatkan amalan membaca dapat menghindari penyakit nyanyuk.

Pada majlis itu, Datuk Masidi turut melawat gerai para pempamer buku dengan ditemani Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dan Pengarah Penerbit UMS, Prof. Madya Dr Asmady Idris.

Oleh Mohd Affzanizam Mohd Amin

ISNIN, 14 SEPTEMBER – Universiti Malaysia  Sabah (UMS) sentiasa komited dalam memastikan kebajikan para pelajarnya terjaga sepanjang tempoh pengajian, kata Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Katanya, ia termasuklah seramai 89 orang kumpulan pelajar baharu UMS kategori isi rumah 40% terendah (B40) pada sesi kemasukan pelajar baharu 2015/2016.

“Bagi meringankan beban kumpulan pelajar tersebut, UMS mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan berupa makanan selama sebulan sementara para pelajar menguruskan dan mendapatkan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sesi ramah mesra bersama pelajar mekanisme mod kemasukan baharu isi rumah 40% terendah baru-baru ini.

Menurut Datuk Harun, bantuan itu diharap mampu meringankan beban para siswa-siswi baharu yang terlibat dan fokus kepada sesi kuliah yang telah bermula.

“Menjadi harapan saya agar setiap pelajar yang terpilih tidak mensia-siakan peluang yang ada setelah menjejakkan kaki ke universiti.

“Sebarang masalah yang dihadapi bolehlah berjumpa dengan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang sedia membantu anda,” tambahnya lagi.

Penawaran kemasukan pelajar ke universiti yang tersenarai dalam kategori B40 merupakan satu inisiatif  UMS dalam menjalankan tanggungjawab untuk memastikan para pelajar yang kurang kemampuan dapat meneruskan pengajian ke peringkat universiti.