KekaumasJUMAAT, 28 OGOS - Ahli Jawatankuasa Kesatuan Kakitangan Am (Kekaumas) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan beberapa program sehingga hujung tahun 2015.

Presidennya, Amat Jutrah Haji Musnih berkata, program-program berkenaan telah dirangka dengan rapi setelah beberapa masalah teknikal dapat diperhalusi dengan baik.

Katanya, di antara program yang telah dirancang adalah seperti menjelajah ke setiap Jabatan, Fakulti, Unit dan Institut di semua kawasan yang ada staf pelaksana, mengadakan seminar, penganjuran sukan untuk ahli kekaumas dan hari keluarga.

“Jelajah Kekaumas telah pun bermula pada 24 Ogos lalu untuk menemui kakitangan di setiap jabatan di UMS Induk, UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan Sandakan," katanya.

Sementara itu, acara sukan yang akan diadakan adalah seperti kejohanan badminton piala Presiden Kekaumas terbuka untuk ahli Kekaumas.

Borang penyertaan untuk kejohanan ini akan dikeluarkan atau berhubung dengan Timbalan Presiden Kekaumas, Abdul Jalil Sapli.

Amat berkata, dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua ahli sekali gus dapat bertukar-tukar fikiran berhubung kemajuan kesatuan. -SS

Sumber: Azri Onn

cemerlang asasi sainsJUMAAT, 28 OGOS - Penerima Anugerah Naib Canselor (Asasi Sains), Muhammad Izzudin Rumaling menyifatkan keputusan melanjutkan pelajaran ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai langkah yang tepat.

Beliau yang memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 berkata, melanjutkan pengajian ke pusat itu amat wajar dan menjanjikan tempat di UMS setelah tamat pengajian.

“Bagaimanapun, pembelajaran diperingkat kursus ini tidak boleh dipandang remeh kerana jika gagal meraih keputusan yang baik, pelajar tidak akan diterima masuk ke peringkat seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains sesi 2014/2015 di Dewan Resital UMS, kelmarin.

Bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah, Izuddin menggunakan masa selama setahun mengikuti kursus peringkat sijil berkenaan dengan sebaiknya.

“Dengan kejayaan menamatkan Asasi Sains, saya kini menerima tawaran ke peringkat ijazah sarjana muda di UMS dalam bidang Fizik dan Elektronik,” katanya lagi.

KekaumasJUMAAT, 28 OGOS - Ahli Jawatankuasa Kesatuan Kakitangan Am (Kekaumas) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan beberapa program sehingga hujung tahun 2015.

Presidennya, Amat Jutrah Haji Musnih berkata, program-program berkenaan telah dirangka dengan rapi setelah beberapa masalah teknikal dapat diperhalusi dengan baik.

Katanya, di antara program yang telah dirancang adalah seperti menjelajah ke setiap Jabatan, Fakulti, Unit dan Institut di semua kawasan yang ada staf pelaksana, mengadakan seminar, penganjuran sukan untuk ahli kekaumas dan hari keluarga.

“Jelajah Kekaumas telah pun bermula pada 24 Ogos lalu untuk menemui kakitangan di setiap jabatan di UMS Induk, UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan Sandakan," katanya.

Sementara itu, acara sukan yang akan diadakan adalah seperti kejohanan badminton piala Presiden Kekaumas terbuka untuk ahli Kekaumas.

Borang penyertaan untuk kejohanan ini akan dikeluarkan atau berhubung dengan Timbalan Presiden Kekaumas, Abdul Jalil Sapli.

Amat berkata, dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua ahli sekali gus dapat bertukar-tukar fikiran berhubung kemajuan kesatuan. -SS

Sumber: Azri Onn

Oleh Salbinous Saribun

Konvo Pusat AsasiKHAMIS, 27 OGOS - Ilmu dan budaya ilmu sangat penting dalam proses pembangunan diri, organisasi, negara dan tamadun, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

Justeru katanya, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan sepanjang hayat.

Saya berharap, dengan ilmu dan pengalaman yang digarap semasa para pelajar berada di Asasi Sains dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian,” kata beliau dalam teks ucapan perasmian Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains yang dibacakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Datuk Harun berkata, dalam apa jua bidang yang bakal diceburi kelak, para pelajar  hendaklah menunjukkan nilai-nilai kecemerlangan dari segi personaliti dan kemampuan berinteraksi dengan masyarakat.

“Kejayaan yang diperolehi bukan sahaja untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda, tetapi juga dapat dimanfaatkan kepada masyarakat sekeliling untuk kelestarian kehidupan,” ujarnya.

Berlangsung hari ini di Dewan Resital UMS, Dr. Ismail Ali turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada 310 pelajar yang berjaya menamatkan program Asasi Sains sesi 2014/2015.

Hadir sama, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad dan Ketua Pustakawan UMS, Dg. Rukiah Ag. Amit.  

Foto: Vanessa Nessa

Oleh Salbinous Saribun

Konvo Pusat AsasiKHAMIS, 27 OGOS - Ilmu dan budaya ilmu sangat penting dalam proses pembangunan diri, organisasi, negara dan tamadun, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

Justeru katanya, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan sepanjang hayat.

“Saya berharap, dengan ilmu dan pengalaman yang digarap semasa para pelajar berada di Asasi Sains dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian,” kata beliau dalam teks ucapan perasmian Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains yang dibacakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.