Oleh Salbinous Saribun

Konvo Pusat AsasiKHAMIS, 27 OGOS - Ilmu dan budaya ilmu sangat penting dalam proses pembangunan diri, organisasi, negara dan tamadun, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

Justeru katanya, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan sepanjang hayat.

Saya berharap, dengan ilmu dan pengalaman yang digarap semasa para pelajar berada di Asasi Sains dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian,” kata beliau dalam teks ucapan perasmian Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains yang dibacakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Datuk Harun berkata, dalam apa jua bidang yang bakal diceburi kelak, para pelajar  hendaklah menunjukkan nilai-nilai kecemerlangan dari segi personaliti dan kemampuan berinteraksi dengan masyarakat.

“Kejayaan yang diperolehi bukan sahaja untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda, tetapi juga dapat dimanfaatkan kepada masyarakat sekeliling untuk kelestarian kehidupan,” ujarnya.

Berlangsung hari ini di Dewan Resital UMS, Dr. Ismail Ali turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada 310 pelajar yang berjaya menamatkan program Asasi Sains sesi 2014/2015.

Hadir sama, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad dan Ketua Pustakawan UMS, Dg. Rukiah Ag. Amit.  

 

Foto: Vanessa Nessa

Oleh Salbinous Saribun

Konvo Pusat AsasiKHAMIS, 27 OGOS - Ilmu dan budaya ilmu sangat penting dalam proses pembangunan diri, organisasi, negara dan tamadun, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

Justeru katanya, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan sepanjang hayat.

“Saya berharap, dengan ilmu dan pengalaman yang digarap semasa para pelajar berada di Asasi Sains dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian,” kata beliau dalam teks ucapan perasmian Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains yang dibacakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Datuk Harun berkata, dalam apa jua bidang yang bakal diceburi kelak, para pelajar  hendaklah menunjukkan nilai-nilai kecemerlangan dari segi personaliti dan kemampuan berinteraksi dengan masyarakat.

“Kejayaan yang diperolehi bukan sahaja untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda, tetapi juga dapat dimanfaatkan kepada masyarakat sekeliling untuk kelestarian kehidupan,” ujarnya.

Berlangsung hari ini di Dewan Resital UMS, Dr. Ismail Ali turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada 310 pelajar yang berjaya menamatkan program Asasi Sains sesi 2014/2015.

Hadir sama, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad dan Ketua Pustakawan UMS, Dg. Rukiah Ag. Amit.  

Foto: Vanessa Nessa

Kunjungan hormat KALKHAMIS, 27 OGOS -  Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Prof. Madya Dr. Murnizam Haji Halik menerima kunjungan hormat Pegawai Memerintah 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Feriland, Tanjung Aru, Leftenan Kolonel Mohd Balkhishah Baharuddin di pejabatnya, kelmarin.

Turut hadir Timbalannya, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal; Pegawai Perubatan 16 RAMD, Kapten Dr Nur Suhana Zainal Adzman dan Pegawai Tadbir, Kapten Muhammad Dzakaria Mohd Dzahar.

Dr. Murnizam berkata, pihak universiti sedia menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan 16 RAMD dalam menjayakan pelbagai program terutama yang membabitkan pelajar UMS Labuan.

Beliau berkata, UMSKAL melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) sering mengadakan program yang membabitkan jabatan dan agensi kerajaan, sekolah rendah dan menengah, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.

Oleh itu, beliau mengalu-alukan kehadiran pegawai dan anggota 16 RAMD untuk mengadakan aktiviti ketenteraan seperti pertunjukan tempur tanpa senjata dan demonstrasi memasak untuk menarik minat pelajar menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dr. Murnizam juga mempelawa anggota 16 RAMD untuk menjayakan program Tamu Gadang UMSKAL yang bakal diadakan pada November depan. –SS

 

Sumber: Azri Onn

Oleh Salbinous Saribun

Simposium polisRABU, 26 OGOS - Seramai 159 peserta menyertai Simposium Polis Bantuan Zon Sabah yang berakhir hari ini di Auditorium Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Daripada jumlah tersebut, 34 peserta merupakan Polis Bantuan UMS, manakala selebihnya ialah Polis Bantuan daripada agensi-agensi lain seperti Bank Simpanan Nasional, Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah, Petronas dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Penutupan simposium anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kordinasi Sumber Sokongan JPJKK, Senior Asisten Komisioner  Polis (SAC) Saiful Azly Hj. Kamaruddin, mewakili Pengarahnya Komissioner Polis (CP) Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Dato’Acryl dalam ucapan yang dibacakan Saiful menyeru agar segala pengetahuan yang diperoleh selama dua hari simposium itu berlangsung dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan dipraktikkan apabila kembali ke agensi masing-masing.

“Apabila kembali ke agensi tempat anda bekerja, kongsikan kepada rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan hadir agar ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, penganjuran simposium itu sebagai platform meningkatkan integriti di samping memberi peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan saling kenal-mengenal antara satu sama lain.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEPA) merangkap Komandan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Oleh Salbinous Saribun

tctp penutupanRABU, 26 OGOS - Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 terus diperkukuh dalam masa terdekat dibawah penyelarasan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Beliau berkata, Sabah akan terus menjadi tempat latihan antarabangsa yang konsisten bagi biodiversiti bersepadu dan pengurusan ekosistem.

“Saya percaya peserta program ini turut mendapat manfaat menerusi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dikongsikan ketika berada di Sabah,” katanya dalam ucapannya pada majlis penutupan TCTP 2015.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Joseph Guntavid.

Terdahulu, Pengarah IBTP, Prof. Dr Charles Santhanaraju Vairappan memaklumkan  sejumlah 17 negara dengan lebih 52 agensi kerajaan luar telah mendapat manfaat daripada kejayaan Sabah yang mengintegrasikan semua pihak berkepentingan dalam pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem.

Program selama 22 hari itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Sumber Asli Negeri (NRO), Kementerian Luar dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan wakil JICA Malaysia Shinobu Yoshizawa.