JUMAAT, 14 OGOS - Seramai 107 ahli perubatan menyertai Bengkel Ultrasound kali ke-3 anjuran Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula hari ini.
Bertempat di Auditorium FPSK, bengkel tersebut menampilkan lima pakar yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan pengendalian Ultrasound bagi mengongsikan kepakaran kepada para peserta yang mengambil bahagian.
Mereka ialah Dr. Anna Liza Roslani, Dr. Rafaie Amin, Dr. Shari Nor, Dr. Vijayan Valayatham dan Dr. Vamsikrish Vigneswarasamy.
Majlis perasmiannya disempurnakan Pemangku Dekan FPSK, Prof. Dr. Zainal Arifin Mustapha.
Dalam ucapannya beliau memaklumkan, penganjuran bengkel antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman secara praktikal kepada peserta tentang prinsip asas penggunaan ultrasound khususnya dalam bidang sakit puan.
Di samping itu katanya, ia juga memberi tunjuk ajar kepada mereka yang baru dalam mengendalikan mesin berkenaan.
Bengkel yang dianjurkan dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah itu berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini.
Bahagian Media dan Citra



JUMAAT, 14 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Juri dalam Pertandingan Tarian Antarabangsa, 1World Culture : International Students Cultural Festival Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia 2015.
KHAMIS, 13 OGOS - Peserta Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 melahirkan rasa bertuah untuk menimba pengetahuan dalam aspek pemuliharaan biodiversiti di Sabah.
KHAMIS, 13 OGOS -Universiti Malaysia Sabah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) kali ke-41, baru-baru ini.