Oleh Faezah Mohamad Dun
JUMAAT, 21 OGOS – Gerai Pameran Universiti Malaysia Sabah (UMS) antara yang menjadi tumpuan pada Pameran Sejarah Transformasi dan Pembangunan Negeri Sabah yang berlangsung di salah sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kota Kinabalu.
Orang ramai bersilih ganti bagi menyaksikan bahan-bahan pameran UMS yang merangkumi buku-buku dan beberapa hasil penyelidikan yang berkaitan dengan sejarah negeri Sabah.
Pameran yang diadakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sabah itu turut menyaksikan 19 gerai pameran lain daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang sama-sama mengambil bahagian bagi menyemarakkan sambutan pada kali ini.
Menurut jurucakap Jabatan Arkib Negeri Sabah selaku penganjur, pameran itu bertujuan membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat terhadap tanah air dengan memupuk kesedaran kepentingan menghargai warisan negara dalam format rekod.
Kesemua yang mengambil bahagian telah memulakan pameran sejak 15 Ogos lalu bagi memperlihatkan kemajuan pembangunan dan transformasi negeri Sabah sejak tahun 1963.
Pameran selama dua minggu itu dirasmikan kelmarin oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor.



JUMAAT, 21 OGOS – Sebagai persediaan program Minggu Suai Mesra (MSM) pada 1 – 7 September depan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan program Pembimbing Suai Mesra (PERKASA) di Dewan Kuliah Pusat 13, baru-baru ini.
KHAMIS, 20 OGOS - Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) perlu lebih kreatif termasuk memberikan cadangan untuk memastikan kampus tersebut mampu melahirkan individu yang berdaya saing.
KHAMIS, 20 OGOS - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meganjurkan simposium bertajuk ‘War Against Mosquito-Borne Disease 2015’ selama dua hari bermula kelmarin.
RABU, 19 JULAI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan pengurusan jenazah pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS, Noor Haini Muda, yang terlibat dalam kemalangan maut di Wilayah Persekutuan Labuan semalam.