Program SahurSELASA, 23 JUN -  Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Sahur dan Iftar baru-baru ini.

Menurut jurucakap Jakmas KKTM, Nur Syazlin Syafiqah Mohd Zabidi, selain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama penghuni kolej kediaman, ia juga bagi mengurangkan rasa kerinduan terhadap suasana bersahur dan berbuka bersama keluarga di rumah. “Melalui program ini, warga KKTM juga dapat mengenali sekali gus beramah mesra dengan pihak pengurusan kolej kediaman dan Jakmas,” ujarnya ketika ditemui media.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih atas kehadiran semua pelajar dari kolej kediaman tersebut yang besahur sebelum kemudiannya berbuka puasa bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pihak Jakmas juga merakamkan penghargaan kepada pihak yang sama-sama menjayakan program Sahur dan Iftar ini,” ujarnya sambil menyatakan lebih 800 pelajar menyertai program berkenaan. Dalam pada itu, Pengetua KKTM, Dr. Mohd Nizam Nazarudin berkata, program ini merupakan satu usaha murni bukan sahaja sebagai amal ibadah tetapi juga mengukuhkan lagi perpaduan antara agama dan bangsa. 

“Kita jarang melihat suasana berbuka dan bersahur dalam kalangan warga kolej yang berlainan agama, dan ini ialah keunikan yang ada di Sabah khususnya di Kolej Kediaman Tun Mustapha. “Saya memuji usaha Jakmas yang turut bergotong-royong memasak juadah dan amalan seperti ini seharusnya perlu diteruskan,” katanya yang turut berterima kasih kepada organisasi dan orang perseorangan yang menyumbang kejayaan penganjuran program tersebut.

Selain acara bersahur dan iftar bersama-sama, program itu diimarahkan lagi dengan solat tarawih berjemaah dalam kalangan warga KKTM yang beragama Islam. –SS


Bahagian Media dan Citra
Sumber: KKTM
 

PPUMS 2015 1

Selasa, 23 Jun - Persatuan Bukan Akademik Pengurusan dan Pegawai UMS Profesional (PPUMS) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-9  (MAT) pada 25 Jun 2015. MAT akan diadakan di Avangio Hotel, Metro Town, Jalan Lintas bermula pada jam 2.30 petang. 

Menurut satu kenyataan daripada PPUMS, untuk menyokong Program EcoCampus UMS, MAT 2015 tidak akan mencetak Buku Program, Minit Mesyuarat dan Perlembagaan PPUMS. Walaubagaimanapun, ini boleh diakses dengan menggunakan telefon pintar atau Kod QR untuk tablet.

Ahli PPUMS dinasihatkan untuk memuat turun secara percuma dokumen-dokumen ini atau memasang pembaca QR Kod pada telefon pintar mereka. Bagi pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=me.scan.android.client&hl=en, manakala bagi pengguna iOS / Apple: https://itunes.apple.com/en/app/qr-pembacauntukiphone/id368494609mt=8.

Tahun ini MAT akan melihat pengundian ahli-ahli Exco yang baru bagi sesi 2015/2017. Pengundian itu juga akan dilakukan dengan menggunakan sistem pengundian elektronik melalui 'e-Undi' dan ahli-ahli yang hadir digesa mengundi menggunakan akaun HROnline mereka dan PIN.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada Thomas George di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Mohd. Saffuan Yakub di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah dijangka memeriahkan sambutan itu, yang kemudiannya akan disusuli dengan majlis berbuka puasa di tempat yang sama.

Semua ahli PPUMS adalah dialu-alukan dan cabutan bertuah juga akan diadakan. - FL


Bahagian Citra dan Media 

Pensyarah baru kursusSELASA, 23 JUN -  Seramai 37 Pensyarah baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari pelbagai fakulti mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran yang dianjurkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMS baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung selama dua minggu itu bertujuan untuk memperkasakan kesediaan para pensyarah dalam pengajaran mereka di samping memastikan tahap pembelajaran para pelajar UMS sentiasa berada pada tingkat yang maksima. 

Dalam sesi penyelidikan, penceramahnya, Prof. Dr. Felix Tongkul yang juga merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi menekankan mengenai peri pentingnya sumbangan para pensyarah dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. 

Menurut beliau, pensyarah bukan hanya bertanggungjawab menyampaikan pengajaran kepada para pelajar sahaja, malah mempunyai obligasi sosial terhadap pembangunan masyarakat keseluruhannya. 

Sehubungan itu katanya, para pensyarah perlu proaktif dan sentiasa melakukan penyelidikan mengikut bidang masing-masing.  –SS

Bahagian Media dan Citra
Sumber: Jakaria Dasan

 

 

Biosafety 1MONDAY, 22 JUNE – A university level workshop on Malaysian Biosafety Act 2007 (Act 678) was recently organised by the Biotechnology Research Institute (IPB) of Universiti Malaysia Sabah (UMS) in association with the Biosafety Department, Ministry of Natural Resources and Environment (NRE) Malaysia, Centre for Research and Innovation UMS, Institutional Biosafety Committee (IBC) UMS and Centre for Occupations Safety and Health UMS.

The purpose of the workshop was to generate awareness on the Biosafety Act 2007 and its implications for research involving genetically modified organism.

Speaking at the opening ceremony, Head of UMS Institutional Biosafety Committee, Professor Dr. Clemente Michael Wong Vui Ling highlighted on the importance of Federal Laws pertaining to biosafety, enshrined within the Biosafety Act.

“There is a need to generate awareness and educate researchers on the procedures that need to be adhered to, to ensure compliance to the rules and regulations,” he said.

The speakers who were invited to present their talks in this two-day workshop were Dr. Anita Anthonysamy, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Dr. Christopher Voo Lok Yung, Dr. Rahizan Issa and Muhammad Farhan Roslan.

A total of 50 participants attended the workshop on the first day and 25 on the second day; made up of students, lecturers and members of the Institutional Biosafety committee.

This was the first in a series of workshops organised by IPB. – FL


Source: Biotechnology Research Institute (IPB)


Media and Citra Division
 

 

 

 

 

 

 

 

kursus jkp

ISNIN, 22 JUN – Bagi meningkatkan pemahaman kakitangan dalam penyediaan bahan mesyuarat yang betul, Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS) UMS mengadakan Kursus Penyediaan Bahan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah (JKP) baru-baru ini.

Kursus yang diadakan di Bilik Seminar 5 dan 6 PPPS itu dirasmikan Dekan PPPS, Prof. Datin Dr. Mariam Abdul Latip.

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar pegawai dan kakitangan yang terlibat perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan bertanggungjawab dalam penyediaan bahan mesyuarat.

“Ketepatan data dan maklumat adalah perlu dalam penyediaan bahan kerana dokumen mesyuarat merupakan dokumen penting universiti,” ujarnya.

Beliau menambah, para kakitangan turut diminta agar sentiasa ikhlas serta berpegang kepada integriti semasa menjalankan tugas dalam memberi sumbangan kepada UMS.

Kursus sehari ini telah disampaikan Timbalan Pendaftar Kanan PPPS, Aidah Noordin yang juga merupakan Setiausaha JKP.

Kursus itu dihadiri semua ketua seksyen dan staf yang terlibat di PPPS serta  pegawai dan staf Pusat Luar UMS (PLUMS).

 

Sumber: Jumawati Catacutan, Pusat Pengajian Pascasiswazah