Alumni merupakan agen berkesan dalam merealisasikan implikasi kewujudan sesebuah universiti menerusi penyaluran ilmu kepada masyarakat.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shahril Yusof berkata, ia kerana alumni yang telah menimba ilmu adalah sebahagian daripada ahli komuniti yang lebih memahami keadaan dan keperluan sebenar masyarakat setempat.

“Sekembalinya mereka kepada masyarakat, maka peranan mereka sebagai agen perubahan masyarakat amatlah relevan,” katanya pada program Temu Santai Alumni UMS Chapter Tawau anjuran Pusat Alumni UMS, di sini, pada Sabtu.

Menurut Shahril, menerusi gabungan kepakaran dari UMS dan kearifan serta kedudukan alumni, maka lebih banyak program yang menyumbang kepada kemajuan sosio-ekonomi masyarakat akan dapat diadakan.

Ujar beliau, aktiviti bersama masyarakat adalah sebahagian daripada agenda utama UMS di bawah kepimpinan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.

“Saya juga akan meminta Pusat Alumni UMS untuk menyediakan kertas kerja berkaitan dengan cadangan pemberian diskaun kepada alumni UMS yang ingin melanjutkan pengajian ke program ijazah lanjutan.

“Selain itu, cadangan penggunaan kad alumni UMS akan diperkenalkan dalam sedikit waktu lagi bagi memberi potongan harga diskaun kepada alumni UMS yang membeli atau menggunakan perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh rakan-rakan strategik terlibat kelak.

“Bagi meningkatkan rasa kecintaan kepada alma mater, UMS turut berhasrat untuk mengadakan program Kem Musim Panas dalam kampus kepada anak-anak atau ahli keluarga alumni pada masa akan datang,” tambah Shahril.

Hadir sama, Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr. Arif @ Kamisan Pusiran; Dekan Fakulti Peniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim; Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Dr. Jakaria Dasan; dan Pengarah Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf, Dr. Borhan Abdullah.

Yang turut hadir, Pengarah Galeri Azman Hashim, Dr. Mohammad Puad Bebit, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Dr Ervin Gubin Moung; Timbalan Bendahari

Kanan Jabatan Bendahari, Mohamad Edrus Othman; dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS yang pertama, Idham Hussin.

Untuk rekod, UMS mempunyai seramai 863 alumni yang berasal dari daerah Tawau.

 

Seramai 14 pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai program Hubungan Sosial dan Peningkatan Ilmu Antarabangsa (IRP) ke Melbourne, Australia anjuran Kelab Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga (CFC) UMS, bermula 28 Mei 2023 hingga 2 Jun, baru-baru ini.

Objektif utama program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai budaya dan cara hidup masyarakat di luar negara disamping memperolehi pendedahan dalam bidang Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga dengan membuat lawatan ke pusat pusat dan universiti terpilih.

Menurut Ketua Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga UMS, Dr. Nur Farhana Ardillah Aftar, sepanjang penubuhan CFC pada tahun 2009, ia menumpukan kepada program sosial, akademik, kepimpinan, dan latihan kendiri, operasi khidmat masyarakat, motivasi, akademik, dan kerjaya ahlinya.

“Setiap tahun CFC akan mengembara ke luar negara untuk meneroka dan meraih ilmu yang baharu di samping menimba pengalaman berharga sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat yang tidak boleh diperoleh melalui pembelajaran di dalam dewan kuliah.

“Tahun ini CFC memilih Australia untuk dilawati kerana kemajuan dan ketamadunan negara tersebut. Antara tempat yang dilawati ialah Universiti of Melbourne, Victorian Deaf Society, La Trobe University Community Centre, La trobe University, Victorian College for the Deaf dan Autism Partnership Melbourne,” katanya.

Sementara itu, Dekan FPP UMS, Profesor Dr. Murnizam Hj. Halik berkata pihaknya percaya bahawa penganjuran program seumpama itu dapat memberi pemahaman dan pengalaman yang mendalam kepada pelajar tentang cabaran dalam penganjuran sesuatu program.

“Matlamat utama program ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk mengemudi medan yang kompleks dan mencabar di kemudian hari.

“Program seumpama ini bukan sahaja telah meluaskan pengetahuan pelajar tentang dunia luar, namun dapat memupuk dan menjana kualiti serta nilai dalam diri pelajar yang lebih beridealisme, proaktif, dan kreatif menerusi penerokaan dan pemerhatian di tempat yang telah dilawati.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Daripada

penganjuran jawatankuasa, penaja dan setiap seorang daripada anda telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini” katanya.

Terdahulu, Pengarah Program IRP, Deepashne Chandran berkata Pelajar mestilah terus menghayati semangat inovasi dan kebolehsuaian semasa mengikut navigasi landskap yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

“Pengalaman daripada program ini telah melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan dengan penuh yakin.

“Diharapkan program beraras tinggi seperti ini dapat menjadi agenda tahunan hingga akhirnya, menjadi bualan ramai atas dasar keberhasilan pelajar, selari dengan 'Sustainable Development Goals (SDG)’ yang keempat iaitu pendidikan berkualiti yang berjaya mencapai jalinan antarabangsa,” ujarnya.

Turut menyertai program tersebut, pensyarah program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga yang juga merupakan penasihat program IRP 2022/2023, Noorma Razali.

 

Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd. dan PERKESO Negeri Sabah menjayakan Siri Jelajah Temuduga Negeri Sabah bagi Program Latihan Kemahiran Industri: Peluang Pekerjaan bersama Projek ECRL baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd., Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, program itu antara lain bertujuan memberi pengenalan, berkongsi kemajuan semasa projek dan peluang pekerjaan yang sedang dan akan ditawarkan di dalam projek ECRL.

“Selain itu, sesi temuduga terbuka kepada orang awam dan pencari kerja di negeri Sabah turut diadakan.

“Pada masa yang sama, program ini juga adalah bagi memberi pendedahan tentang hala tuju kerjaya dalam industri berkaitan khususnya kepada pelajar universiti sekali gus menyumbang ke arah peningkatan kadar pekerjaan dalam bakal graduan” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena program tersebut yang berlangsung di Dewan Seminar, Pusat Islam UMS.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah PKPKP, Dr. Nur Thara Atikah Zainal memaklumkan seramai 400 peserta dan calon temuduga telah menghadiri program tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, serta berharap para peserta mendapat manfaat dari segi peningkatan ilmu mengenai industri dan pengetahuan mengenai peluang pekerjaan jangka masa panjang yang ditawarkan oleh pihak MRL

Antara peserta yang hadir pada program tersebut adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir UMS, pelajar Universiti Teknologi MARA, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, Politeknik, GiatMARA, North Borneo University College dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan perbincangan bersama bagi mewujudkan kolaborasi antara kedua-dua pihak ke arah usaha meningkatkan ekonomi negeri Sabah.

Delegasi UMS yang diketuai Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Prof. Madya Dr. Jidon A. Janaun berkata, kedua-dua pihak membincangkan peluang kolaborasi yang boleh diwujudkan dalam menguatkan perancangan ekonomi Negeri Sabah.

“Antara yang dibincangkan adalah kerjasama dalam menganalisis data-data ekonomi untuk membuat unjuran ekonomi negeri Sabah khususnya.

“Pihak UPEN juga menyambut baik usaha UMS untuk menghasilkan produk-produk inovasi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat UPEN Sabah baru-baru ini.

Kunjungan delegasi UMS itu disambut oleh UPEN Sabah, Datuk Jasmine Teo bersama pegawai-pegawai UPEN.

Jidon turut merakamkan penghargaan kepada UPEN atas keterbukaan untuk mengadakan kerjasama dengan UMS.

“Sudah tentu kolaborasi UMS dan UPEN ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, serta mampu memberi impak positif kepada ekonomi Negeri Sabah,” ujar beliau.

Delegasi UMS yang turut serta dalam kunjungan tersebut wakil-wakil kakitangan pengurusan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Pusat Pelaburan, Endowmen, dan Wakaf (CIEW), dan PPIP.

 

An online international community service webinar titled ‘The Importance of Digital Portfolio’ was delivered by lecturer and coordinator of D4 Digital Office Administration Study Program, Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Dr. Christian Wiradendi Wolor, S.E., M.M., recently.

The international community service was joined by Datu Razali Datuk Datu Hj. Eranza, and Andy Lee Chen Hiung from Universiti Malaysia Sabah (UMS), to coordinate participants from UMS. Datu Razali and Andy Lee are lecturers at the Faculty of Business, Economics, and Accountancy (FBEA), UMS, as well as the coordinators for the international mobility program.

Dr. Christian shared his experience and knowledge about the meaning of a portfolio, functions, and benefits of the portfolio itself.

“Many things and abilities could be developed and shared in social media in a very advanced era where competition was ever increasing.

“There are various social media platforms that could store and share the results of achievements, experiences, interests, and expertise to multiple parties such as clients, potential employers, and collaborators.

“Furthermore, portfolio upgrade was a very important thing to do; I hope those who listened to the presentation of the material could pay more attention to themselves and evaluate their abilities, achievements, etc., that could be shared in the portfolio or CV,” he said.

Regarding Portfolio making itself, Dr. Christian showed the participants how to create a Portfolio and CV by utilizing applications that Canva and Google had provided.

In addition, he conveyed an understanding of social media that enabled users to see everything they wanted at universities or outside the nation.

“Users could see and find information about large companies through Google, and all were accessible through social media.

“Social media was the right bridge so that recruiters and job applicants could easily find information without meeting in person,” he added.

The presenter mentioned many applications he could use to share documentation and stories of his achievements on platforms such as LinkedIn, Facebook, Instagram, YouTube, and blogs.

He said the LinkedIn application influenced finding a job or looking for employees. Therefore, he strongly recommended sharing your background, education, employment, abilities, and desired positions on LinkedIn so that later recruiters could read in detail and understand what type of job position you want.

In this webinar, Dr. Christian advised the participants not to be left behind by the increasingly advanced times and equate solutions such as: Increasing the spirit of competition within oneself, Improve Soft Skills oneself, always taking up existing opportunities, always looking up for scholarship opportunities and internships at various organizations.

The session ended with his advice to the participants to expand their networks because it would help in facilitating every move in one’s career.

FBEA UMS expressed gratitude to Dr. Christian and UNJ Indonesia, for including staff and students from UMS to co-organize and participate in international community service. Both UNJ and UMS look forward to more collaborations soon.