Seminar Kesedaran Makanan Halal di Sipitang 2012
SSMP dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah sama-sama menganjurkan “Seminar Kesedaran Makanan Halal” bertempat di Dewan Masyarakat, Sipitang pada 7 Jun 2012.
Perasmian dan penutupan telah disempurnakan oleh Exco Penerangan Negeri Sabah, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad yang juga merangkap Ahli Parlimen Sipitang. Dalam ucapan beliau berharap Sipitang berjaya menjadi pusat hab halal serantau dengan peranan bersama daripada JHEAINS dan juga SSMP bagi penjenamaan semula dan pelabelan produk halal, seperti sate Sipitang yang termasyhur bukan sahaja di Sabah malah seluruh kepulauan Borneo, termasuk Brunei Darussalam.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Harun Mohd Abdullah; Pegawai Daerah Sipitang, Latip Amat; Timbalan Pengarah JHEAINS, Ustaz Mohamad Sidik Awang Adi; Dekan SSMP, Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani dan pembentang kertas kerja bertajuk “Pendidikan Kepenggunaan Makanan Halal”, Prof. Madya Hjh. Mariam Abdul Latif.
Seminar satu hari ini bukan sahaja menumpukan kepada syarahan dan taklimat semata, malah juga melibatkan aktiviti rundingan dan nasihat kepada para usahawan kecil dan sederhana dalam proses permohonan pensijilan halal. Pada masa yang sama, SSMP juga membekalkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada para pengunjung.
Keratan Akhbar