Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) UMS
Bermula Jun 2011, SSMP telah diberi kepercayaan dan pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menubuhkan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) bagi menyediakan latihan pengendalian makanan kepada para pengendali makanan di seluruh negeri Sabah khasnya dan seluruh Malaysia amnya.
Kursus Pengendalian Makanan merupakan kursus wajib bagi setiap individu yang terlibat dalam industri makanan. Sijil daripada kursus ini adalah diperlukan untuk memohon lesen perniagaan bagi penjualan makanan. Ini termasuk pengendali-pengendali makanan serta pemilik gerai samada bersifat gerai tetap, gerai sementara, mahupun restoran dan kilang-kilang pembuatan makanan.
Objektif utama kursus ini adalah:
1. Memberi kesedaran kepada para pengendali makanan tentang kepentingan pengendalian makanan yang bersih dan selamat.
2. Memberi pendedahan kepada pengendali makanan berkenaan proses berlakunya pencemaran makanan dan kesannya kepada kesihatan pengguna.
3. Memberi pendedahan terhadap kaedah menghindari penyakit bawaan makanan melalui kaedah penyimpanan makanan yang betul dan selamat.
4. Mendedahkan para peserta kursus kepada amalan penjagaan kebersihan (Good Hygiene Practice) melibatkan kebersihan diri pengendali makanan, proses, penghidangan, pengedaran dan penyimpanan.
Umumnya, kursus ini dijalankan selama 3 jam oleh tenaga pengajar yang terlatih dan diiktiraf oleh KKM, iaitu Cik Fazlini Md. Fadzwi dan En. Mansoor Abd. Hamid.