Brochure SLPM

SLPM UMS adalah sekolah latihan pengendalian makanan yang dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dari Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. Justeru, kami ingin menyeru orang ramai yang terlibat dalam pengendalian makanan untuk menyertai kursus di tempat kami. Kursus Pengendalian Makanan Malaysia merupakan kursus wajib bagi semua individu terlibat di dalam industri makanan. Ianya juga perlu sekiranya pengendali ingin memohon lesen   perniagaan yang bekaitan makanan seperti gerai tetap, gerai   sementara atau di pasar-pasar malam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kursus ini mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan sijil kursus boleh  digunapakai di seluruh   Malaysia.

 

Hasil Pembelajaran;

  1. Peserta akan memahami isu-isu & punca keracunan makanan
  2. Mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan     seorang pengendali makanan yang unggul
  3. Mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat
  4. Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan
  5. Mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai
  6. Mempelajari cara menjaga kebersihan diri
  7. Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan

 

Kumpulan Sasaran

 

  1. Semua pengusaha gerai/kedai makan/restoran
  2. Individu yang ingin meningkatkan pengetahuan di dalam pengendalian makanan yang betul
  3. Semua pekerja yang terlibat di dalam industri makanan
  4. Pengilangan, perhotelan, katering, pusat asuhan dan jagaan harian

 

Tenaga Pengajar

Berpengalaman dan diktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Peserta kursus akan dibekalkan dengan;

  1. Nota Ringkas
  2. Sijil Penyertaan
  3. Makan dan Minum

 

Yuran Pendaftaran

RM50/Orang sahaja (Bayar semasa menghadiri kursus)

 

Lokasi

Bilik Tutorial 1

Sekolah Sains Makanan Dan Pemakanan

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

 

Jadual Kursus

SABTU 10: 00 pagi - 1:00 ptg

 

Sebarang pertanyaan dan penyertaan sila hubungi;

En. Masran                      - 014-6530687

Cik Jayanti                       - 014-6736605

 

E-mel kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Fax ke No. 088-320259

 

Tenaga Pengajar

 

Cik Fazlini Md. Fadzwi

Pensyarah

Sekolah Sains Makanan & Pemakanan

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: +6088-320000 ext: 8571

Fax: +6088-320259

 

En. Mansoor Abd. Hamid

Pensyarah

Sekolah Sains Makanan & Pemakanan

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: +6088-320000 ext: 8715

Fax: +6088-320259

 

Brosur PDF

 

 

 

HELIX_TAGS

About

Offices

Useful Links

Reach Us

Faculty of Food Science and Nutrition
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

+60 88 320 000

pejfsmp[@]ums.edu.my

Follow Us

Download App

iUMS

Download Now!

Qries

Qries