Future Food: Emerging Trends, Health, and Diversity

Future Food: Emerging Trends, Health, and Diversity Syarahan Umum 2025 anjuran Fakulti Sains dan Pemakanan Makanan (FSMP), UMS telah berjaya diadakan pada 14 Mei 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Seminar FSMP. Syarahan ini menampilkan tokoh tersohor, Prof. Dr. Abdul Salam Babji, Ketua Pegawai Sains dan Inventor, yang menyentuh isu-isu kritikal dan masa depan sistem makanan global. Antara intipati penting yang dikupas adalah keperluan mendesak untuk menghasilkan makanan yang sihat dan lestari melalui inovasi penyelidikan, pembangunan produk serta teknologi pemprosesan makanan. Beliau menekankan peranan diet berasaskan tumbuhan sebagai satu trend penting pasca COVID-19, bukan sahaja dalam membina imuniti dan kesihatan usus, malah dalam mengurangkan jejak karbon industri makanan. Penyelidikan terhadap sumber bahan mentah agro tempatan dan kolaborasi industri-universiti turut diketengahkan sebagai kunci utama dalam membangunkan sistem makanan yang lebih mesra alam dan mampu milik. Sesi ini dihadiri secara fizikal dan juga disiarkan secara langsung melalui Webex dan Facebook Live. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) atas kerjasama sebagai penganjur bersama serta semua pihak yang menjayakan program ini. Sumber: Sektor Pengurusan dan Perkhidmatan Penyelidikan FSMP
HELIX_TAGS

About

Offices

Useful Links

Reach Us

Faculty of Food Science and Nutrition
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

+60 88 320 000

pejfsmp[@]ums.edu.my

Follow Us

Download App

iUMS

Download Now!

Qries

Qries