PAKAI GLOVE TAPI PEGANG MACAM-MACAM? π₯§ππΈπ§€
JOM BACA TIPS UNTUK PENIAGA BAZAR.
Pernah tak nampak abang kedai pakai sarung tangan, tapi lepas tu dia ambil duit RM5 kita, kemudian sambung balik bungkus makanan? π€
Hati-hati ya! Sarung tangan tu sebenarnya dah tercemar dengan kuman dari duit tadi. Mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sarung tangan hanyalah "pelindung tambahan", bukannya pengganti basuh tangan.
Peniaga & Pengendali Makanan, jom amalkan 3 langkah ni:
Basuh tangan bersih-bersih sebelum pakai glove.
Tukar glove selepas pegang telefon, duit, atau sampah.
Jangan guna glove yang sama untuk potong ayam mentah DAN potong sayur ulam.
Amalan kebersihan makanan yang baik bukan sahaja melindungi kesihatan pelanggan β ia juga menyumbang kepada π― SDG 3: Good Health & Well-Being (Kesihatan & Kesejahteraan) dengan mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan di komuniti kita.
Sebagai peniaga, kita juga memainkan peranan dalam π― SDG 12: Responsible Consumption & Production (Penggunaan & Pengeluaran Bertanggungjawab) β termasuk menggunakan sarung tangan dengan betul supaya tidak membazir dan mengurangkan sisa plastik yang tidak perlu.
Keselamatan pelanggan adalah amanah kita. Jom sama-sama tingkatkan kualiti kebersihan makanan kita! π²πΎπ²
#KeselamatanMakanan #FoodSafetyMalaysia #TipsPeniaga #KebersihanTangan #SDG3 #SDG12 #MatlamatPembangunanLestari