Fakulti Sains Makanan & Pemakanan
  • Home
  • About
    • Dean's Message
    • The Faculty of Food Science and Nutrition
    • Organization
    • Our Staff
    • Our Services
      • Halal Service and Research Centre(HSRC)
      • D'Losun Restaurant
      • Product Outlet
      • Facilities
    • Vision, Mission & Client Charter
  • What We Offer
    • Undergraduate
      • UH6541001 - Food Service
      • UH6541002 - Food Science and Nutrition
      • UH6541003 - Nutrition
      • UH6541004 - Food Technology
    • Postgraduate
      • Doctor of Philosophy in Food Science and Technology
      • Master by Research
        • Master in Food Science and Technology
        • Master in Nutrition
      • Master by Coursework
        • Master of Science Food Safety and Quality
    • Industrial Training Placement List
  • Research
    • Niche
    • Scholarly Contributions
      • Publications
      • International Journal of Food (IJF)
    • Grants Achieved
    • Innovation Awards
    • Conferences
      • Upcoming Conference
      • Past Conferences
    • GRP Status
    • Researcher's Corner
  • News & Events
    • News
    • Announcement
  • Collaboration
    • Industries
  • Info
    • Student
    • Staff
    • Alumni
  • SDG
    • Environmental Impact
    • Social Impact
    • Governance
Transformasi Ekonomi Kg. Rampayan: Inisiatif UniMADANI UMS Lahirkan Usahawan Makanan Berdaya Saing

Transformasi Ekonomi Kg. Rampayan: Inisiatif UniMADANI UMS Lahirkan Usahawan Makanan Berdaya Saing

SDG - SOCIAL IMPACT 27 October 2026 Last Updated: 27 October 2026 Hits: 35

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan telah melaksanakan Projek Pendayaan Komuniti@UniMADANI di Kg. Rampayan, Menggatal. Projek selama enam bulan ini memfokuskan kepada latihan teknikal pembuatan roti dan kuih-muih tradisional bagi membantu menjana pendapatan komuniti setempat. Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 1 (Menamatkan Kemiskinan) dan SDG 8 (Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi).

Bagi mencapai SDG 17 (Kerjasama demi Matlamat), projek yang diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Hasmadi Mamat ini mewujudkan kolaborasi strategik antara universiti, industri, dan komuniti. Peserta menerima latihan amali secara terus daripada pakar akademik UMS serta Chef Profesional daripada Sabah Flour & Feed Mills Sdn. Bhd. (SFFM) dan Kumpulan BTC Berhad. Pemindahan ilmu kemahiran teknikal ini turut menyokong matlamat SDG 4 (Pendidikan Berkualiti).

Menerusi latihan tersebut, peserta wanita di kampung berkenaan telah dilatih tentang teknik pembuatan pelbagai jenis produk bakeri, kuih-muih tradisional, dan pastri. Selain modul masakan, para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan mengenai Amalan Pengilangan Baik (GMP), kawalan jangka hayat produk, pembungkusan komersial, serta teknik persembahan dan pelabelan harga. Para peserta juga memperoleh Sijil Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan menerima suntikan tifoid.

Selain itu, peserta turut dibimbing dengan modul asas keusahawanan seperti pengiraan kos pengeluaran dan penetapan harga, bagi memastikan kelestarian perniagaan mereka pada masa akan datang.

Hasil daripada program ini, tahap kemahiran teknikal dan semangat keusahawanan peserta dilaporkan meningkat dengan mendadak, di mana sebahagian besarnya sudah mula atau merancang untuk menjual produk makanan yang dihasilkan, dengan hasrat menjana pendapatan sampingan buat keluarga. Penganjuran projek yang dinilai cemerlang ini juga diperakukan layak untuk menerima Penarafan 3 Bintang Jaringan Masyarakat MyRA.

 

UMS Perkasakan Komuniti Kg. Darau Menerusi Program Latihan Pembuatan Roti dan Kuih Tradisional, Selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

UMS Perkasakan Komuniti Kg. Darau Menerusi Program Latihan Pembuatan Roti dan Kuih Tradisional, Selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

SDG - SOCIAL IMPACT 27 October 2026 Last Updated: 27 October 2026 Hits: 28

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan telah berjaya menyempurnakan Projek Pendayaan Komuniti@UniMADANI yang memfokuskan kepada kemahiran pembuatan roti dan kuih-muih tradisional tempatan. Program yang menyasarkan penduduk di Kg. Darau, Menggatal ini dijalankan bagi membantu menjana ekonomi komuniti setempat, yang secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 1: Menamatkan Kemiskinan dan SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi.

Selaras dengan inisiatif SDG 17: Kerjasama demi Matlamat, projek ini telah mewujudkan jaringan kolaborasi strategik antara universiti, industri, dan komuniti. Penduduk kampung telah diberikan latihan amali secara terus (hands-on) oleh Chef Profesional dari Sabah Flour & Feed Mills Sdn. Bhd. (SFFM) bagi penghasilan roti dan produk bakeri. Selain itu, pakar dari Kumpulan BTC Sdn. Bhd. turut membimbing peserta dalam pembuatan pastri serta memodenkan persembahan kuih-muih warisan tradisional. Pemindahan ilmu kemahiran ini juga merupakan terjemahan kepada aspirasi SDG 4: Pendidikan Berkualiti yang menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

Bagi mempersiapkan peserta sebagai usahawan yang berdaya saing, UMS turut menyelitkan modul asas keusahawanan. Para peserta telah didedahkan dengan strategi pemasaran, teknik penjenamaan, penceritaan produk (storytelling), reka bentuk pembungkusan, serta kesedaran terhadap pematuhan piawaian Kotej Halal.

Dalam pada itu, keselamatan dan kebersihan makanan turut menjadi keutamaan penganjur. Satu inisiatif khas telah diambil dengan membawa agensi bertauliah terus ke Pusat Komuniti Desa Kg. Darau Laut. Langkah ini membolehkan para peserta mengambil Kursus Latihan Pengendali Makanan (SLPM) serta menerima suntikan Tifoid, yang merupakan syarat wajib perundangan untuk berniaga makanan secara sah.

Projek yang diketuai oleh Dr. Yanty Noorzianna Binti Abdul Manaf ini secara keseluruhannya telah berjaya mentransformasikan sikap keusahawanan penduduk Kg. Darau. Berbekalkan kemahiran teknikal yang tinggi, pemahaman perniagaan yang jelas, dan pematuhan aspek keselamatan makanan, majoriti peserta kini dilaporkan telah bersedia dan yakin untuk memulakan jualan produk mereka ke pasaran yang lebih luas.

PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BAKAT TLDM MELALUI PEMBANGUNAN PRODUK HILIRAN CENDAWAN TIRAM

SDG - SOCIAL IMPACT 27 October 2026 Last Updated: 02 November 2026 Hits: 45

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), dengan kerjasama Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), telah melaksanakan Projek Keusahawanan Cendawan Tiram di Komuniti Tertumpu BAKAT Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di bawah Program Ekonomi MADANI ATM.

Projek yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Qhairul Izzreen Binti Mohd Noor ini bertujuan memperkasakan ekonomi komuniti melalui pembangunan produk hiliran seperti rendang cendawan. Inisiatif ini memanfaatkan hasil cendawan yang tidak terjual untuk diproses menjadi produk bernilai tambah, sekali gus mengurangkan risiko pembaziran dan susut nilai ekonomi memandangkan cendawan merupakan makanan yang mudah rosak.

Melalui latihan pemprosesan makanan, aplikasi teknologi retort, keselamatan makanan dan pelabelan produk, komuniti BAKAT didedahkan kepada kemahiran yang berpotensi membuka peluang keusahawanan dan penjanaan pendapatan.

Projek ini menyokong SDG 8 melalui pemerkasaan ekonomi komuniti serta SDG 12  melalui pengurangan pembaziran makanan dan pemanfaatan hasil pertanian secara mampan.

 

Spark of Hope Programme Brings Comfort to Children with Cancer at Ronald McDonald House, HWKKS

SDG - SOCIAL IMPACT 30 June 2026 Last Updated: 06 October 2026 Hits: 116

KOTA KINABALU, SABAH – The Faculty of Food Science and Nutrition (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), organised the Spark of Hope Programme at the Ronald McDonald House, Sabah Women and Children's Hospital (HWKKS), as part of its social responsibility initiative to support children undergoing cancer treatment and their families.

The programme was initiated by FSMP students under the coordination of Dr. Norazlina Mohammad Ridhwan as Programme Coordinator and Ms. Intan Shafiana Md. Zain as Programme Director. A variety of engaging and recreational activities were organised to bring joy to the children while providing emotional support to both the young patients and their families during their stay at the Ronald McDonald House. In addition, FSMP presented a donation to the Ronald McDonald House as a gesture of support for its continuous efforts in providing a comfortable and caring environment for the families of paediatric patients.

The programme reflects UMS's commitment to fostering volunteerism, empathy, and social responsibility among its students. At the same time, Spark of Hope contributes to the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 3: Good Health and Well-being, by promoting the psychosocial well-being of children with cancer and their families throughout the treatment process, and SDG 4: Quality Education, by providing UMS students with meaningful community service-learning experiences that strengthen their sense of humanity, leadership, and civic responsibility.

Through initiatives such as Spark of Hope, UMS hopes to continue nurturing graduates who not only excel academically but are also compassionate, socially responsible, and committed to making a positive impact on the community.

FSMP UMS Strengthens International Collaboration with the University of the Philippines Diliman

FSMP UMS Strengthens International Collaboration with the University of the Philippines Diliman

SDG - SOCIAL IMPACT 30 June 2026 Last Updated: 30 June 2026 Hits: 124

On 12 May 2026, the Faculty of Food Science and Nutrition (FSMP), Universiti Malaysia Sabah, conducted a benchmarking visit to the College of Home Economics, Department of Food Science and Nutrition, University of the Philippines Diliman.

The visit was represented by the Dean of FSMP, Prof. Ts. Dr. Hasmadi Mamat, together with the Mobility Coordinator, Ts. Dr. Ahmad Hazim Abdul Aziz.

The discussion session focused on potential international collaborations in the field of Food Science and Nutrition, including opportunities for academic collaboration, student and staff mobility, joint research, as well as knowledge and expertise sharing between the two institutions.

This initiative also supports the United Nations Sustainable Development Goals, particularly SDG 4: Quality Education through academic exchange and capacity building, SDG 17: Partnerships for the Goals through international collaboration, and SDG 2: Zero Hunger through the advancement of research and knowledge sharing in food science and nutrition.

This initiative reflects FSMP’s commitment to strengthening its global network and expanding strategic collaboration opportunities at the international level, in pursuit of excellence in academics, research, and the development of food science and nutrition.

 

  1. Food Fest 2026: Driving Food Innovation for a Sustainable Future
  2. Nutrition in Community Engagement (NICE) Program 2025
  3. World's Children Day 2024
  4. FSMP Food Festival 2024 Promotes Industry Collaboration for Innovative Food Product

Page 1 of 2

  • 1
  • 2

About

  • UMS Leadership
  • UMS Strategic Plan
  • Careers
  • UMS Bertekad Cemerlang

Offices

  • Faculties
  • Institutes
  • Departments
  • Centres
  • Colleges

Useful Links

  • Staff Directory
  • Expertise Directory
  • Kinabalu Portal
  • E-Respon

Reach Us

Faculty of Food Science and Nutrition, 
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

+60 88 320 000

pejfsmp[@]ums.edu.my

Follow Us

  • fab fa-facebook-f
  • fab fa-twitter
  • fab fa-google
  • fab fa-instagram
Download App
iUMS
Download Now!

Qries

Qries

© 2026 Universiti Malaysia Sabah.
  • Home
  • About
    • Dean's Message
    • The Faculty of Food Science and Nutrition
    • Organization
    • Our Staff
    • Our Services
      • Halal Service and Research Centre(HSRC)
      • D'Losun Restaurant
      • Product Outlet
      • Facilities
    • Vision, Mission & Client Charter
  • What We Offer
    • Undergraduate
      • UH6541001 - Food Service
      • UH6541002 - Food Science and Nutrition
      • UH6541003 - Nutrition
      • UH6541004 - Food Technology
    • Postgraduate
      • Doctor of Philosophy in Food Science and Technology
      • Master by Research
        • Master in Food Science and Technology
        • Master in Nutrition
      • Master by Coursework
        • Master of Science Food Safety and Quality
    • Industrial Training Placement List
  • Research
    • Niche
    • Scholarly Contributions
      • Publications
      • International Journal of Food (IJF)
    • Grants Achieved
    • Innovation Awards
    • Conferences
      • Upcoming Conference
      • Past Conferences
    • GRP Status
    • Researcher's Corner
  • News & Events
    • News
    • Announcement
  • Collaboration
    • Industries
  • Info
    • Student
    • Staff
    • Alumni
  • SDG
    • Environmental Impact
    • Social Impact
    • Governance