Tahniah atas Pelantikan Penolong Ketua Program Sains Makanan dan Pemakanan

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Umi Hartina Mohamad Razali atas pelantikan sebagai Penolong Ketua Program Sains Makanan dan Pemakanan (UH6541002), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan.

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 11 Mac 2026 hingga 10 Mac 2028.

Pihak fakulti yakin bahawa dengan pengalaman, komitmen serta dedikasi yang dimiliki, Cik Umi Hartina Mohamad Razali akan dapat menyumbang secara signifikan dalam memperkukuhkan pengurusan akademik program, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memperkasa pembangunan pelajar selaras dengan aspirasi Universiti Malaysia Sabah.

Pelantikan ini juga diharap dapat menyokong usaha berterusan fakulti dalam memastikan kecemerlangan akademik dan pembangunan program yang berdaya saing serta relevan dengan keperluan industri dan masyarakat.

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah. Semoga terus cemerlang dalam menerajui kecemerlangan fakulti.

Ikhlas daripada
Dekan, Pengurusan dan Seluruh Warga
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah