selamat datang ke laMan web kami

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR

Hebahan

Jadual Kuliah Semester 2 Sesi 2023 / 2024

19 Mar, 2024

Komponen Sukan Dan Rekreasi / Wajadiri Bil. Kod Kursus Tenaga Pengajar No. Telefon Butiran Kuliah 1 ES00202 Bola Jaring Israh...
Baca Lagi
Takwim Akademik Semester 2 Sesi 2023/ 2024

06 Mar, 2024

TARIKH PERAYAAN/ CUTI MINGGU KULIAH KAEDAH KULIAH KETETAPAN KULIAH MODUL AKTIVITI NOTA 23 - 24 MAC 2024 1 DALAM TALIAN...
Baca Lagi

Perutusan Pengarah

Profesor Madya Dr. Jurry Foo
Pengarah
Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar

e-Aplikasi

  • Pelajar
  • UMS-SPRINT
  • Inovasi
  • Karnival Kokurikulum
  • Tenaga Pengajar
  • Syarat Setuju Terima Tawaran
  • Permohonan Pendahuluan Pelbagai
  • Tuntutan Pengajaran
  • Staf / UMS JFPIB
  • Tempahan Kenderaan
  • Tempahan Fasiliti
  • Awam / Agensi Luar
  • Tempahan Fasiliti
  • Jawatan Kosong
  • Khidmat Komuniti UMS-SPRINT

Galeri

Demonstrasi seni pelajar hasil daripada pengalaman pembelajaran kursus kokurikulum dan ekspresi minda mereka.

Aktiviti Kokurikulum Pelajar

Menyediakan pelajar dengan aktiviti berasaskan kokurikulum untuk memupuk kemahiran insaniah. Sila masuk untuk melihat senarai aktiviti.

Kursus ditawarkan

Senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar untuk pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Sumber Artikel

Sila ke pautan sumber artikel kami mengenai aktiviti, acara dan berita yang berkaitan dengan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah

Masuk

sudut kajian

Lihat

Objektif kokurikulum UMS

Maklumbalas pelajar mengenai aktiviti kokurikulum

PAUTAN LAIN

  • Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.

CAPAIAN PANTAS

  • Direktori Kakitangan
  • Portal Kakitangan
  • Portal Pelajar
  • SmartUMS
  • E-Respon
  • Covid 19: Terkini dari UMS

IKUTI KAMI @

Facebook

Youtube

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel : (+6088) 329032
(+6088) 32000 samb. 206500
Emel : pkpp[at]ums.edu.my

TERMA PENGGUNA | PENAFIAN | DASAR PRIVASI | POLISI KESELAMATAN | DASAR HAK CIPTA

News Article "Balanced Graduates Are National Assets to Drive National Development Progress"

RASMI: Kasim menyempurnakan gimik pelancaran logo KARKUMS bersempena dengan 30 tahun penubuhan UMS. 

KOTA KINABALU:  Graduan yang seimbang dalam pelbagai aspek merupakan aset negara yang diperlukan untuk memacu kemajuan pembangunan negara dan mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, ia sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Pendidikan Tinggi Berkualiti, Insan Cemerlang, Negara Sejahtera.

“Amatlah jelas hasrat negara dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan terdidik bukan hanya cemerlang dalam akademik, tetapi turut cemerlang sahsiahnya.

“Justeru itu, UMS melalui Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar telah menawarkan kursus-kursus yang memfokuskan potensi pelajar dalam mengasah bakat dan kemahiran insaniah para pelajar melalui silibus kursus yang sesuai dan program-program yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Karnival Kokurikulum UMS (KARKUMS) Sesi 1 2023/2024 di Dewan Canselor, UMS.

Kasim berkata, salah satu inisiatif yang dilakukan adalah melalui Karnival Inovasi dengan tema 'Inovasi Mudah dan Realistik'.

“Menerusi inisiatif ini, pelajar diberi pendedahan tentang inovasi dengan bimbingan daripada jurulatih yang bertauliah.
“Usaha ini merupakan inisiatif yang baik untuk membuka mata pelajar dalam inovasi dan memberi peluang kepada mereka untuk berfikir secara kreatif sejajar dengan slogan UMS Peneraju Masyarakat Berinovatif,” katanya.

Melalui penganjuran KARKUMS juga katanya para pelajar berpeluang mempamerkan hasil pembelajaran mereka di meja pameran masing-masing dengan penuh kreatif dan ceria.

“Dengan bertemakan kebudayaan dan tradisional, semangat cintakan warisan budaya dapat dipupuk dalam kalangan pelajar, selari dengan slogan Karnival Kokurikulum kali ini iaitu 'Pembudayaan Tradisi Warisan Bangsa, Melestari Jati Diri Sejati'," katanya.

Pada majlis itu, Kasim turut menyempurnakan pelancaran logo KARKUMS bersempena dengan 30 tahun penubuhan UMS.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Jurry Foo; dan Pengarah Program KARKUMS, Awang Ku Syaiffudinsah Awang Ku Zainuddin.

Article Link 

Utusan Borneo