Kuliah Berpusat Kemahiran Insaniah merupakan kuliah wajib bagi pelajar yang mendaftar kursus kokurikulum 3 jam kredit.   Kuliah ini diadakan bertujuan bagi melengkapi dasar dan falsafah PKPP iaitu melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, membangunkan ketahanan fizikal , mental dan spiritual pelajar, menjana pemikiran kreatif, inovatif, produktif dan proaktif serta menanamkan semangat keyakinan dan cekal dalam menghadapi cabaran. Universiti Malaysia Sabah juga komited dalam melahirkan pelajar yang dapat menguasai kepelbagaian ilmu kemahiran teknikal dan professional serta ilmu dan praktis kemahiran insaniah bagi melengkapi attribute graduan UMS yang holistik. Melalui bengkel ini mahasiswa/i akan dapat mempelajari dan mengenali pentingnya penerapan kemahiran insaniah kepada mahasiswa/i.

 

Objektif

  • Melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai semangat patriotism dalam diri.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang menitikberatkan uniti dan kesukarelawanan dalam kehidupan.
  • Menghasilkan mahasiswa/i yang mempunyai elemen kemahiran insaniah.
Bengkel Kemahiran Insaniah UMS Sejati
Bengkel Kemahiran Insaniah UMS Sejati bertujuan untuk menyempurnakan dasar dan falsafah PKPP untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual,...
Baca Lagi
Karnival Inovasi
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan Karnival Inovasi bermula semester 1 sesi 2021 / 2022 sebagai...
Baca Lagi
Karnival Kokurikulum
Karnival kokurikulum adalah kemuncak pembelajaran kokurikulum yang mempamerkan output pembelajaran secara amali melalui persembahan, pameran atau pertandingan. Di adakan pada...
Baca Lagi
Kuliah Berpusat Kemahiran Insaniah
Kuliah Berpusat Kemahiran Insaniah merupakan kuliah wajib bagi pelajar yang mendaftar kursus kokurikulum 3 jam kredit.   Kuliah ini diadakan bertujuan...
Baca Lagi
Program UMS-SPRINT
Program UMS-SPRINT ataupun dikenali sebagai UMS-SISWAPRIHATIN merupakan program hubungan komuniti berteraskan keperluan pembangunan kemahiran insaniah dengan tumpuan kepada nilai-nilai kerjasama...
Baca Lagi