Karnival Inovasi

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan Karnival Inovasi bermula semester 1 sesi 2021 / 2022 sebagai usaha memupuk budaya rekacipta dalam kalangan mahasiswa. Ia sebagai komponen baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP) tambahan untuk kursus kokurikulum berkredit sejajar gaya hidup lestari yang menuntut masyarakat bertindak proaktif menghasilkan inovasi yang realistik pada masa kini. Karnival yang julung kalinya diadakan ini dilaksanakan secara dalam talian melibatkan ketiga-tiga kampus UMS, iaitu Kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

TEMA KARNIVAL INOVASI
“SISA MENJADI KHAZANAH”

Inovasi yang dihasilkan mahasiswa adalah bertemakan sisa menjadi khazanah. Bertujuan untuk memupuk pembangunan pelajar universiti sebagai peneraju dalam kelestarian dan penjagaan alam sekitar. Dengan memanfaatkan kuasa inovasi pelajar berpeluang mengubah sisa menjadi khazanah dan membentuk hari esok yang lebih mampan. Hasil inovasi mahasiswa akan dinilai oleh panel penilai yang berpengalaman dan akan dianugerahkan Anugerah Emas, Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa.

Sebagai tanda galakan pembudayaan inovasi, wang tunai sebanyak RM200 akan diberi sebagai hadiah utama untuk Anugerah Inovasi Khas Pengarah PKPP dan hasil ciptaan yang berkualiti akan dipertimbangkan untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi.

Pengarah PKPP UMS

Dr. Jurry Foo

Penggunaan Bahasa

Setiap hasil inovasi boleh dihantar dalam dua Bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Penyertaan

Setiap kursus hendaklah mengemukakan satu penyertaan sahaja ataupun satu penyertaan untuk satu seksyen kursus.

Panduan Penghantaran Hasil Kerja Inovasi

Sila pastikan poster dan video mematuhi garis panduan berikut:

1.  Pastikan nama kursus kokurikulum jelas dipaparkan.

2. Masukkan maklumat berkaitan dalam poster/ video seperti:-

  • Pengenalan (mengapa anda mesti mencipta produk ini?)
  • Mengguna semula bahan buangan (huraikan produk anda: sisa untuk harta)
  • Kesan dan kemampanan (rujuk penilaian inovasi)
  • Nilai komersial (rujuk penilaian inovasi)

Format Poster Dan Video Inovasi

Format poster dan video inovasi mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PKPP seperti berikut:-

Format Poster

1. Saiz Poster: A3 (11.69inch x16.53inch)

2. Terhad kepada 1 muka surat sahaja.

3. Susun atur kandungan dalam poster adalah berdasarkan kreativiti pelajar.

4. Poster disimpan dalam format jpg dengan maksimum 2MB.

Format Video

1. Tempoh 5-7 minit.

2. Setiap projek hendaklah menghantar satu (1) rakaman video sahaja untuk dinilai.

3. Rakaman video hendaklah dimuat naik ke Youtube tetapi hendaklah dibuat dalam tetapan "Tidak tersenarai" bukan dalam tetapan "Awam". Supaya pautan itu boleh dibuka dan dinilai oleh panel hakim sahaja.

Medium Penghantaran Hasil Kerja Inovasi

Inovasi dihantar melalui pautan seperti yang berikut

Aplikasi Penghantaran Inovasi

Penilaian Hasil Kerja Inovasi

Berikut merupakan kriteria penilaian bagi setiap hasil inovasi yang dipertandingkan

Kategori Penilaian

Deskripsi

 Markah 

Inovasi dan Kreativiti

  • Keaslian dan kreativiti idea 
  • Keunikan pendekatan untuk menggunkan semula bahan buangan
  • Inovasi dalam mengubah bahan buangan kepada sumber atau produk yang bernilai 

20

Impak dan Kemampanan

  • Potensi kesan penyelesaian alam sekitar
  • Sumbangan kepada pengurangan sisa dan pemuliharaan sumber
  • Kemampanan jangka panjang projek

20

Kebolehlaksanaan

  • Kebolehlaksanaan melaksanakan projek dalam tetapan dunia sebenar

20

Pembentangan dan Komunikasi

  • Kejelasan dan keselarasan pembentangan projek
  • Keberkesanan komunikasi dalam menyampaikan objektif dan impak projek 
  • Kualiti visual, prototaip dan demonstrasi

20

Nilai Komersial 

  • Daya maju ekonomi yang berpotensi dan idea/ produk yang boleh dipasarkan
  • Pertimbangan harga, keuntungan dan daya saing pasaran
  • Pengenalpastian pasaran sasaran dan potensi aliran hasil 

20

Markah Keseluruhan

100