Permohonan Khidmat Kesukarelawan Komuniti UMS-SPRINT
Sebagai salah satu sumbangan kepada masyarakat, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan
 Pelajar, Universiti Malaysia Sabah menawarkan kepada orang awam/ agensi luar untuk 
memohon khidmat kesukarelawan komuniti yang dijalankan oleh pelajar Universiti Malaysia
 Sabah di tempat mereka.
 
 
Terma dan Syarat
-  Tempat di mana aktiviti akan diadakan hendaklah dalam radius 25 kilometer dari kampus
   Universiti Malaysia Sabah.
 
-  Tarikh aktiviti akan ditentukan oleh wakil pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit, Universiti 
   Malaysia Sabah.
-  Tempoh masa aktiviti yang dibenarkan adalah dari 6.00 pagi hingga 5.00 petang.
-  Pelaksanaan aktiviti dibenarkan dalam satu hari sahaja pada hujung minggu Sabtu atau 
    Ahad.
-  Aktiviti yang dilancarkan adalah usaha sama antara Universiti Malaysia Sabah dan 
   pemohon di mana tiada dana akan diberikan kepada pemohon.
 
Hantar Permohonan
> Klik untuk maklumat lanjut program UMS-SPRINT <