Semua permohonan untuk penggunaan dan sewaan ruang zon A, B, & C di
ODEC hendaklah dikemukakan terus kepada:-
Encik Hinmin bin Chiam Tah Kong
Ketua Pentadbiran/ Penolong Pendaftar,
Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim,
Universiti Malaysia Sabah.
Nombor Telefon: 010-9438696
Emel: hinminchiam@ums.edu.my
Syarat dan Peraturan
1. Memaklumkan kepada Pengurusan ODEC sekiranya ingin membuat
persiapan SEHARI/SEBELUM tarikh penyewaan/penggunaan berlangsung.
2. Sila bawa surat kelulusan dan resit bayaran bagi tujuan pemeriksaan dan
kebenaran masuk di pintu utama kepada pengawal keselamatan.
3. Penggunaan ODEC adalah seperti butiran yang dipohon oleh penyewa/
pengguna dan tertakluk kepada kelulusan oleh pihak pengurusan.
4. Tidak berlaku sebarang isu negatif serta perkara-perkara yang bertentangan
dengan nilai dan etika sosial, agama dan budaya masyarakat Malaysia.
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam program yang dianjurkan.
7. Sebarang pembakaran terbuka/unggun api adalah DILARANG sama sekali.
8. Sebarang fasiliti dan kemudahan ODEC hendaklah digunakan dengan baik
dan cermat. Penganjur akan bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan fasiliti dan kemudahan ini.
9. Mempastikan kawasan ODEC bebas dari sebarang kerosakan, kotor, sampah
sarap dan sisa makanan.
10. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan air (laut) hendaklah
memaklumkan dan membuat permohonan kepada pihak keselamatan bagi
tujuan pemantauan dan keselamatan.