Pelbagai aktiviti menarik dan berimpak tinggi dilaksanakan, sekali gus memeriahkan suasana dan penuh makna
PressReader.com, 13 Jan 2026
LABUAN: Penganjuran Karnival Kokurikulum Berkredit UMSKAL Semester 1 Sesi 2025/2026 atau KARKOMKAL pada tahun ini amat seiring dengan aspirasi universiti dalam melahirkan pelajar holistik, berfikiran global dan menghargai kepelbagaian budaya.
Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin berkata karnival itu menjadi saluran interaksi yang menyatukan warga kampus dan masyarakat dalam suasana harmoni dan saling menghormati.
KURSUS: Pelajar menyertai pameran kursus yang mereka ambil.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti dilaksanakan dengan sangat menarik dan berimpak tinggi serta meriah dan penuh makna.
“Saya ucapkan tahniah kepada Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMSKAL,
BERSATU: KARKOMKAL Sesi 2025/2026 menyatukan pelajar UMSKAL.
barisan pensyarah, jurulatih, jawatankuasa pelaksana serta pelajar yang menunjukkan komitmen tinggi menjayakan program ini yang bertemakan `Borneo Mendunia’,” katanya.
BERBAKAT: Persembahan pelajar memukau penonton yang hadir.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Kokurikulum Berkredit UMSKAL Semester 1 Sesi 2025/2026 di Dewan Utama UMSKAL pada malam Ahad.
MENANG: Colonius (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang diperhatikan Wendy Vallerie (dua kiri).
Turut hadir Timbalan Pengarah (Akademik) PKPP, UMS, Dr. Colonius Atang, Penyelaras Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB)
UMSKAL, Dr Syahrul Nizam Salam, Penolong Pendaftar Kanan, Johari Safar dan Pengarah Program, Wendy Vallerie Fredolin.
Hadir sama Penyelaras Program, Mazlan Jumat, pensyarah dan kakitangan.
Shamsul Bahari berkata aktiviti itu bukan sahaja menyokong pembelajaran pengalaman melalui aktiviti lasak dan keusahawanan pelajar, malah menyumbang kepada pengukuhan kefahaman agama.
“Kepelbagaian program ini jelas memperlihatkan kreativiti pelajar dalam menggabungkan pengkhususan kursus dengan elemen budaya dan gaya hidup sihat,” katanya.
Persembahan pelajar mempamerkan bakat, kreativiti dan semangat kerja berpasukan pelajar dalam mewakili budaya negara masing-masing dengan penuh profesionalisme dan kesantunan.

