BELAJAR @ UMS

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Asasi kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Ijazah Sarjana Muda kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Master kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Kedoktoran kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Pelajar Antarabangsa kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program UMSFLEC kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

 

 

PENYELIDIKAN & INOVASI

Institut Penyelidikan

Pusat dan Unit Penyelidikan

Pencapaian Penyelidikan

Kemudahan Penyelidikan

Suapan tidak dijumpai

 SOROTAN UMS


Gelombang Protes Indonesia Jadi Amaran kepada Malaysia

09 September 2025

Gelombang protes besar-besaran yang tercetus di Indonesia sejak Ogos lalu memberi isyarat jelas tentang ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan negara itu, dan dalam masa sama dilihat sebagai amaran kepada Malaysia untuk...

Memahami Peranan Bahagian Integriti UMS Secara Tuntas

02 September 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 15/2025] Dikeluarkan oleh: Bahagian Integriti UMS Peranan Bahagian Integriti: Memastikan Kepatuhan dan Ketelusan Bahagian Integriti UMS berfungsi selaras dengan mandat yang digariskan oleh Akta 605 Akta Badan-Badan...

Ketelusan Itu Kuasa: Mendorong Kepercayaan Dan Prestasi

29 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 13/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Ketelusan bukan sekadar prinsip pengurusan, tetapi satu kuasa yang mampu membentuk kepercayaan, memperkukuh prestasi dan mencerminkan nilai integriti sesebuah...

Integriti Bermula Dengan Saya: Menanam Nilai, Mencipta Kepercayaan

28 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 12/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Integriti bukan sekadar nilai organisasi, tetapi asas penting yang menentukan arah dan kejayaan sesebuah institusi. Poster 'Integriti Bermula Dengan...

Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS): Saluran Alternatif Mencari Keadilan

26 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 11/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) merupakan satu inisiatif penting kerajaan Malaysia dalam usaha menegakkan keadilan bagi mangsa gangguan seksual....

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Jangan Berdiam Diri Anda Dilindungi Oleh Undang-Undang

25 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 10/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Bayangkan anda melangkah ke tempat kerja dengan semangat dan harapan untuk menyumbang serta berkembang dalam kerjaya. Namun, semua itu...

Amanah Minda, Maruah Bangsa: Menjaga Nadi Tadbir Urus Universiti

22 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 8/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Pendahuluan: Di Pintu Gerbang Harapan Setiap tahun, ribuan anak muda melangkah masuk ke pintu gerbang universiti awam kita. Mereka...

Tatakelola Atau Bencana: Di Persimpangan Mana Kita Berada?

21 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 7/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Pendahuluan: Sebuah Persimpangan Kritikal Setiap bangsa akan tiba di satu persimpangan kritikal dalam perjalanannya, di mana pilihan yang dibuat...

Meningkatkan Kecekapan Operasi Institusi Pendidikan Tinggi dengan Pendekatan ESSA

20 Ogos 2025

Oleh Profesor Ir. Dr. Nurmin Bolong Pengarah Pusat Pengurusan Strategik UMS (Pensyarah Program Kejuruteraan Awam UMS) Dalam era pendidikan tinggi yang semakin dinamik, mencabar dan berdaya saing, universiti perlu memperbaiki...

Integriti Dalam Pengurusan: Kunci Kepercayaan dan Kejayaan

19 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 5/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Dalam dunia kerja hari ini yang makin mencabar, integriti bukan lagi sekadar kata-kata manis dalam dasar organisasi. Ia adalah...

Integriti: Ujian Sejati Bila Tiada Siapa Sedang Melihat

18 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 4/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Bayangkan situasi ini: anda sedang bekerja lewat malam di pejabat, seorang diri. Tiba-tiba, ternampak sampul coklat atas meja mesyuarat....

Penglibatan Politik Warga Universiti: Antara Hak dan Hukuman

15 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 10/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Sebagai penjawat awam dalam institusi pendidikan tinggi, warga universiti perlu memahami bahawa penglibatan politik bukanlah ruang kebebasan mutlak. Ia...

Pemakluman Skim Dana Penerbitan Artikel

Pemakluman Skim Dana Penerbitan Artikel

on 12 September 2025

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, Adalah dimaklumkan bahawa Penerbit...

Pelanjutan Tarikh Tutup Penyertaan Ahli Akademik UMS dalam Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (AKIPP) Tahun 2025

Pelanjutan Tarikh Tutup Penyertaan Ahli Akademik UMS dalam Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (AKIPP) Tahun 2025

on 12 September 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik Assalamualaikum dan Salam...

Arahan Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2025: Tatacara Pengurusan, Pendigitalan dan Pemindahan Rekod Bernilai Arkib di UMS

Arahan Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2025: Tatacara Pengurusan, Pendigitalan dan Pemindahan Rekod Bernilai Arkib di UMS

on 12 September 2025

Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar

Jemputan Menghadiri Bengkel Elsevier "Sciencedirect AI"

Jemputan Menghadiri Bengkel Elsevier "Sciencedirect AI"

on 12 September 2025

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS 📢 JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL ELSEVIER “SCIENCEDIRECT...

Hebahan Risalah Jumaat Bil.4/2025 Terbitan Pusat Islam UMS

Hebahan Risalah Jumaat Bil.4/2025 Terbitan Pusat Islam UMS

on 12 September 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS HEBAHAN RISALAH JUMAAT BIL.4/2025 Diterbitkan...

Iklan Kekosongan Jawatan Pengajar Sambilan PPIB

Iklan Kekosongan Jawatan Pengajar Sambilan PPIB

on 12 September 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS Kampus Sandakan...

Selamat Menyambut Hari Malaysia

on 12 September 2025

Pengumuman Daripada: JAFPIB

Klinik Al-Fatihah Sempena Program Tadabbur Al-Quran untuk Wanita

Klinik Al-Fatihah Sempena Program Tadabbur Al-Quran untuk Wanita

on 11 September 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS 📢 KLINIK AL-FATIHAH Sukacita dimaklumkan...

Program Jerayawara Kutipan dan Semakan Kaunter Zakat Pusat Islam UMS Bil.7/2025

Program Jerayawara Kutipan dan Semakan Kaunter Zakat Pusat Islam UMS Bil.7/2025

on 11 September 2025

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS PROGRAM...

Interactive Health Fair: Gamification Day

Interactive Health Fair: Gamification Day

on 11 September 2025

Announcement From: Hospital UMS Hello everyone! Save the date &...

Berita

Rencana

Hebahan

 KAMPUS @ UMS


Kenapa UMS?

KENAPA UMS?

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan adalah sebuah universiti awam (UA) ke-9 ditubuhkan di Malaysia yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Berpaksikan motto ‘Bertekad Cemerlang’, matlamat penubuhan UMS bukan semata-mata menghasilkan sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara tetapi bermatlamat menghasilkan graduan yang berbakat, berkemahiran tinggi dan mengkhusus dalam pelbagai bidang.

UMS bermula dengan tiga buah sekolah dan satu pusat dan menerima seramai 205 pelajar sesi akademik pertama pada tahun 1995. Kemudian, sebanyak 10 buah sekolah lagi ditubuhkan secara berperingkat termasuklah dua kampus cawangan iaitu di UMS Kampus Antarabangsa Labuan yang menempatkan dua buah sekolah dan UMS Kampus Cawangan Sandakan dengan sebuah sekolah..

Pada 6 Mei 2014, perisytiharan nama sekolah ke fakulti telah berlangsung dan penukaran ini berkuat kuasa bermula 1 Jun 2014. Senarai fakulti tersebut ialah Fakulti Sains dan Sumber Alam; Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan; Fakulti Psikologi dan Pendidikan; Fakulti Komputeran dan Informatik; Fakulti Pertanian Lestari; Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan; Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan; Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. 

Pandangan Atas Bangunan Canselori dan Dewan Canselor

Kompleks Dewan Kuliah Pusat

Sehingga tahun 2022, UMS telah berjaya menghasilkan seramai 79,500 graduan dalam pelbagai bidang dengan purata kemasukan pelajar baharu seramai 4,000 orang setahun. Pada Majlis Konvokesyen UMS ke-24, seramai 3,798 graduan menerima ijazah Sarjana Muda, 64 menerima ijazah Diploma Pascasiswazah, 271 menerima ijazah Sarjana dan 92 menerima ijazah Doktor Falsafah.

UMS menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda yang terdiri daripada program Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Sains Makanan, Pertanian, Perhutanan, Seni, Sains Sosial, Perniagaan, Perakaunan dan Ekonomi.  UMS mempunyai kira-kira 15,000 pelajar prasiswazah dan 2,500 pelajar pascasiswazah yang mengikuti pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah.

UMS mengutamakan kualiti menyeluruh termasuklah kualiti graduan serta kualiti
institusi. UMS bertekad untuk mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan, khidmat masyarakat serta mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya.

Dewan Canselor

Jeti UMS di waktu senja

Ia juga mendukung aspirasi utama yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). UMS komited merealisasikan transformasi pendidikan bagi menghasilkan golongan belia yang mampu menangani cabaran serta suasana masa depan yang rumit dan sentiasa berubah.

Justeru, menerusi Pelan Strategik UMS 2018-2022, sebanyak enam Kunci Keberhasilan Utama (KRA) telah ditetapkan, iaitu Pengalaman Pendidikan Berkualiti kepada Pelajar; Impak Tinggi Penyelidikan dan Inovasi; Keunggulan Global; Pemerkasaan Governan, Sumber Manusia dan Sistem Penyampaian; Kelestarian Kewangan dan Kampus Lestari.

Hasilnya amat membanggakan apabila buat pertama kali UMS telah tersenarai di kedudukan 801-1000 dalam QS World University Ranking bagi tahun 2020 dan terbaru dalam QS Asia University Ranking 2021, UMS berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-227 terbaik Asia.

AHLI AKADEMIK

UMS mempunyai kira-kira 1,080 kakitangan akademik, yang mana 689 orang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf. Tenaga akademik UMS sangat beriltizam untuk meneroka ilmu melalui penyelidikan dan pengajaran. Ini terbukti melalui pencapaian-pencapaian yang diiktiraf sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian terbaru ialah di Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 apabila para penyelidik UMS mendapat 1 Anugerah Khas, 3 emas, 2 perak dan 4 gangsa pada 16-18 Mac 2023.

Di samping itu, ahli-ahli akademik UMS menggiatkan peranan mereka sebagai penyelesai masalah kepada industri dan masyarakat sekitar melalui program pemindahan ilmu. UMS tidak lagi beroperasi semata-mata sebagai pusat pengajian tinggi, malah telah menjadi rakan kepada pihak industri, kerajaan dan masyarakat untuk penjanaan, pembangunan dan pengkomersialan idea dan inovasi.

Jeti UMS

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UMS menekankan pendekatan secara holistik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang mana teori dan praktikal adalah diberi penekanan yang sama bagi memastikan pelajar mendapat ilmu dan kemahiran yang seimbang. Pelajar akan diajar menggunakan modul yang dibangunkan untuk menyampaikan ilmu berdasarkan perspektif moden serta terkini. Program-program pengajian adalah direka bentuk dengan kerjasama pihak industri yang berkaitan bagi memenuhi keperluan industri.

Pelajar-pelajar juga akan melalui program sangkutan di industri, amali berstruktur, program mobiliti dalam dan luar negara dan peluang perkembangan kerjaya. UMS juga menerapkan kemahiran dan pemikiran keusahawanan di dalam kurikulum dan kokurikulumnya bagi melahirkan graduan yang mencipta pekerjaan dan bukannya mencari pekerjaan. Usaha-usaha ini meletakkan UMS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang sangat mementingkan kejayaan pelajarnya. Iltizam UMS dalam meningkatkan kebolehpasaran graduannya dibuktikan menerusi pencapaian sebanyak 96.2 peratus graduan pada 2021 yang telah bekerja. 

Menara Jam UMS

Pandangan Atas UMS

Kualiti pengajaran dan pembelajaran akan meningkat jika kualiti pelaksanaannya sentiasa dipelihara dan dipertingkatkan mengikuti perkembangan teknologi. Sebagai contoh, sistem pengurusan pembelajaran (learning management system) yang dinamakan sebagai SmartUMS, telah dipertingkatkan kepada VERSI 3 menggantikan VERSI 2. Sistem baharu ini dibangunkan berdasarkan platform yang diiktiraf dunia yang mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif.

Kemajuan pelajar juga dapat dipantau dengan lebih efisien menerusi SmartUMS ini. Usaha meningkatkan keberkesanan operasi dan penyampaian perkhidmatan dengan menggunakan platform internet atau secara atas talian terus dipergiatkan. UMS kini melaksanakan perkhidmatan Kampus Tanpa Tunai, pendigitalan bahan perpustakaan, aplikasi STARS dan Smart Hadir untuk rekod kehadiran kakitangan dan pelajar, Sistem HR Online dan Servis Atas Talian untuk kakitangan, Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu, Sistem Maklumat Pusat Penyelidikan (SMPPPI) dan beberapa sistem lain. Semua ini bertujuan untuk menyediakan suatu suasana yang kondusif yang menyokong pembelajaran di samping menjamin keselesaan hidup dalam kampus.

KEMUDAHAN UNIVERSITI

Kampus UMS merupakan salah satu daripada kampus tercantik di dalam negara, dengan landskap yang menarik, kehijauan dan struktur bangunan yang mengagumkan. Semenjak penubuhannya, UMS sentiasa berusaha menyediakan kemudahan moden di samping mengekalkan keadaan semula jadi di sekitarnya. UMS mempunyai kemudahan perkhidmatan bas, perpustakaan, makmal dengan peralatan canggih, makmal multimedia, kemudahan Wi-Fi, pusat sukan, asrama, kafe, muzium, galeri, akuarium, masjid dan pusat rawatan.

ALUMNI UMS

UMS adalah antara institusi yang menyumbang kepada sumber manusia yang berilmu dan berkemahiran di dalam negara. Sehingga kini, UMS telah menghasilkan kira-kira 79,500 graduan, termasuk 1,755 graduan merupakan pelajar antarabangsa dari negara-negara seperti China, Brunei, Iraq, Indonesia dan lain-lain. Alumni UMS kini berkhidmat di pelbagai organisasi terkenal dan tidak kurang juga yang kini menjadi usahawan yang berjaya. Peluang pengajian di UMS telah membekalkan mereka dengan kemahiran dan ilmu seperti kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta kemahiran bahasa yang membantu mereka meneroka dunia kerjaya dengan berkeyakinan. Di samping itu mereka juga dididik agar sentiasa beretika dan berpegang teguh kepada agama.

*Dikemas kini pada 11 April 2023

PERISTIWA AKAN DATANG

FOLLOW US @

QUICK LINKS

OTHER LINKS